Spider Sengat Selatan, 30 Januari 2027!

Selepas tiga dekad mengembara, Spider kembali ke tanah kelahiran untuk konsert mega.
Oleh RUMI
“Sebab itu, kami di Icon Entertainment berasa tiga dekad atau 30 tahun Spider mesti dirayakan di negeri lelahiran mereka. Ini momen yang sangat Ngam Ho.” – Iman Tang, Icon Entertainment
“BUAT Spider untuk beraksi dalam sebuah konsert berskala besar di Johor Bahru pada 30 Januari 2027 adalah momen yang sekian lama kami impikan,” kata vokalis Spider, Tam, mengenai konsert yang digelar Spider Sengat Selatan itu.
Spider Sengat Selatan yang bakal mencipta sejarah, julung kali, di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor itu bukan sekadar sebuah pertemuan, namun membawa makna lebih besar, iaitu kepulangan, penghargaan dan perjalanan yang akhirnya menemukan Spider dengan akar seni mereka sendiri.
“Bumi Johor adalah saksi kepada mimpi-mimpi kami, permulaan perjalanan kami,” ujar Tam yang kini, bersama Isz, Pown dan Aie, teruja menantikan detik bermakna untuk beraksi di tanah kelahiran sendiri.
Spider kembali, akhirnya, setelah melewati tiga dekad melayari dunia seni sejak dilamar Luncai Emas, di bawah bimbingan komposer terkenal, Datuk M Nasir yang menjadi titik penting dalam perkembangan kerjaya band ini , sekali gus membuka laluan kepada mereka menghasilkan karya yang mempunyai karakter tersendiri.
“Maka di sini juga Spider mahu peminat, khususnya di Selatan, memperoleh nikmat mendengarkan karya-karya kami yang telah hidup subur bersama mereka dimainkan secara langsung, sekali gus bersama merayakan tiga dekad Spider,” tambahnya.

Dibawakan oleh Icon Entertainment, penganjur menyifatkan Spider Sengat Selatan bukan hanya sebuah hiburan, tetapi menyingkap babak ke babak perjalanan seni Spider sejak 1996 sehingga menjadi antara kugiran pa;ing disegani dekad ini.
“Selepas tiga dekad menghiburkan peminat di pelbagai pentas, peluang untuk membawa karya Spider kembali ke Johor pastinya mempunyai makna yang berbeza,” kata Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, memetik kenyataan medianya.
“Di sinilah segalanya bermula. Di negeri inilah benih kecintaan Spider terhadap muzik disemai sebelum mereka berkembang menjadi antara kugiran dengan identiti tersendiri yang meninggalkan pengaruh dalam persada muzik Malaysia.
“Sebab itu, kami di Icon Entertainment berasa tiga dekad atau 30 tahun Spider mesti dirayakan di negeri lelahiran mereka. Ini momen yang sangat Ngam Ho.”
Tentu saja Spider Sengat Selatan tidak akan bermakna tampa karya-karya yang telah mengharumkan nama mereka selama ini dengan beberapa judul, antaranya Aladn, Kacap Terlabik, Nazraku, Kasih Latifah hinggalah Cinta Dewa Dewi akan dimainkan penuh antusias oleh mereka.
Tiket berharga serendah RM88 akan mula dijual di www.ticket2u.com mulai Khamis, 26 November, jam 3pm.
Akses
- 30 Januari 2027
- EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor
Tiket
- RM88 (Pontian), RM128 (Mersing), RM168 (Pasir Gudang), RM188 (Batu Pahat), RM258 (Kota Tinggi) & RM288 (Muar)
- Sila layari www.ticket2u.com untuk pembelian







Comments are closed.