Night of Soul: 1 Pentas, 5 Jiwa

Malam yang menghimpunkan keunggulan suara Datuk Ziana Zain ke crooner Indonesia, Cakra Khan.
Oleh RUMI
“A Night of Soul bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pertemuan muzik yang menyatukan generasi, suara dan emosi dalam satu malam yang pastinya meninggalkan kenangan bermakna buat setiap penonton.”
LIMA penyanyi hebat menjadi pilihan bagi menyempurnakan persembahan A Night of Soul yang bakal menemui peminat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Minespada pada 12 Disember ini.
Di mana setiap suara mempunyai jiwa, dan setiap jiwa mempunyai cerita, ia bakal menjadi sebuah pertemuan keunggulan vokal, keindahan muzik dan pesona seni dalam sebuah persembahan istimewa.
Konsert ini dianjurkan oleh Starlika dan Astana Global.
Menampllkan penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan sebagai artis utama, konsert ini juga membawakan legenda rock tanah air, Datuk Amy Search dan Datuk Ziana Zain, selain Khai Bahar dan Siti Nordiana.
Pertemuan lima penyanyi dengan karakter, keunikan dan kekuatan vokal tersendiri ini bakal menyatukan warna muzik daripada generasi berbeza, sekali gus mencipta sebuah pengalaman seni yang penuh penghayatan, emosi dan kenangan.


Menggabungkan keunikan muzik generasi lama dan baharu bersama sentuhan istimewa dari indonesia, A Night of Soul menjanjikan sebuah persembahan yang memberikan ruang kepada setiap artis untuk menyerlahkan identiti serta keistimewaan vokal masing-masing.
Daripada lantunan suara penuh jiwa Cakra Khan, keunggulan vokal Ziana, aura legenda rock Amy, sehinggalah kemerduan suara Khai dan Siti Nordiana, setiap artis bakal membawa karakter tersendiri ke satu pentas.
Penganjur, menerusi kenyataan medianya, dipetik berkata, “Penganjuran konsert ini bertujuan meraikan keunikan serta kekuatan vokal setiap penyanyi, sekali gus memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati pesona dan jiwa sebenar setiap artis melalui sebuah persembahan yang istimewa.
“A Night of Soul bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pertemuan muzik yang menyatukan generasi, suara dan emosi dalam satu malam yang pastinya meninggalkan kenangan bermakna buat setiap penonton.”
Akses
- 12 Disember 2026
- Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Mines
Tiket
- VVIP (RM888), VIP (RM688), Diamond (RM588), Platinum (RM488), Ruby (RM388), Gold (RM288) & Pearl (RM188).
- Sila layari www.ticketmelon.com untuk pembelian





Comments are closed.