Eksklusif Malaysia, Padi Reborn & GIGI 1 Pentas!

Lewat konsert yang digelar Sobat Nakal Live in Malaysia 2027, Januari tahun depan.
Oleh RUMI
“JADI saksi nyata kepada sebuah momen langka yang mungkin tidak akan berulang dalam tempoh dekat,” kata wakil Belbis Sdn Bhd, Fandy, mengenai penganjuran konsert Sobat Nakal Live in Malaysia 2027 pada 30 Januari 2027.
Bakal berlangsung di Mega Star Arena, ia bukan saja pertemuan julung kali Padi Reborn dan Gigi di satu pentas. malah diadakan secara eksklusif di Malaysia bagi meraikan dua band legenda Indonesia itu.
Belbis dan Beso Events Solution sebagai penganjur dan penerbit konsert dengan kerjasama Larva Kreasimaji selaku rakan strategik juga menyifatkan Sobat Nakal Live in Malaysia 2027 sebagai sebuah apresiasi dan perayaan tiga dekad Padi Reborn dan Gigi.
Keyataan media penganjur, menyebut ia adalah sebuah malam yang membawa para Sobat Padi dan Gigi Kita berhimpun di bawah satu bumbung lalu menikmati dua selera muzik berbeza dalam satu euforia: puitis dari Padi Reborn dan energetik yang dialirkan Gigi.
“Sobat Nakal Live in Malaysia 2027 adalah sebuah perayaan lintas negara dan generasi buat Padi Reborn dan Gigi yang telah bertahan, selain masih kekal relevan dalam tempoh 30 tahun penubuhan mereka.
“Kami percaya Sobat Padi dan Gigi Kita juga sangat menantikan momen magis ini untuk menyaksikan dua legenda berkongsi pentas, berkolaborasi meski genre dan gaya persembahan tidak sama,sekali gus menikmati keberagaman dan keunikan yang ditampilkan kelak.
“Dengan reputasi yang bukan lagi rahsia, identiti Padi Reborn dan Gigi, iaitu nuansa rock mereka, kepakaran tingkat tinggi, terutama pada gubahan lagu dan permainan instrumen serta karya-karya sejak tahun 90an sehingga kini cukup melekat dalam hati peminat,” kata Fandy.
Bagi Padi Reborn dan Gigi, Sobat Nakal Live in Malaysia 2027 disifatkan sebagai sebuah penghormatan terhadap karya-karya merkea yang hidup subur di Malaysia yang juga dianggap rumah kedua mereka.
Ini kata mereka:
FADLY, Vokalis Padi
“Kami menyambut baik saat dilamar bermain satu panggung dalam Sobat Nakal Live in Malaysia 2027.
“Siapa yang sanggup menolak untuk satu panggung dengan Gigi, senior kami yang telah menyebarkan soft power yang besar dalam muzik Nusantara dengan membuktikan pengaruh rock Indonesia mampu merentasi sempadan, jauh sebelum Padi Reborn tumbuh di belantika muzik.”
ARMAND MAULANA, Vokalis Gigi
“Sebagai pemuzik, saya sangat menghormati rakan-rakan dalam Padi Reborn. Kami berada dalam ekosistem muzik yang sama, tetapi membawa warna yang berbeza. Berkongsi pentas dengan mereka bukan satu persaingan., sebaliknya satu bentuk perayaan muzik rock Indonesia.
“Dan meletakkan Sobat Nakal Live in Malaysia 2027 sebagai nama konsert adalah genius kerana terus memberi naratif kepada peminat setia kami, iaitu Sobat Padi dan Gigi Kita untuk menyertai perayaan ini.”

Akses
- 30 Januari 2027
- Mega Star Arena, Kuala Lumpur
- 8.30pm
Tiket
- UPPER TIER: rm198 (Brozne / Nakal), RM298 (Silver / Sobat) dan RM438 {Platinum / Mahadewi). Bagi VVIP Ticket Couple / Menanti Sebuah Jawaban – RM1,998, termasuk tiket untuk pasangan dan sesi Meet & Greet
- LOWER TIER: RM288 (Roxone / Harmoni), RM398 (Gold / Terbang), RM538 (Diamond / Begitu Indah). Bagi tiket VIP / 11 Januari – RM738, termasul sesi Meet & Greet dan lima cenderamata eksklusif.
- Sila layari https://www.ilassotickets.com/sobatnakal untuk pembelian.






Comments are closed.