Semarak Dikir Barat di Muzium Negara, 7 November Ini!

Lewat Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026 yang menghimpunkan ramai tokoh dan penggiat seni.
Oleh RUMI
“… ditampilkan lebih 10 tokoh dan penggiat seni Dikir Barat, termasuk seniman terkenal, Sabri Yunus yang akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan khas sebagai antara tarikan utama ke Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026.”
LEBIH 10 tokoh dan penggiat seni Dikir Barat, termasuk aktor terkenal, Sabri Yunus, bakal berkampung di Muzium Negara sempena penganjuran Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026 pada 7 November ini.
Dianjurkan oleh Kota Pesta by Makar Fest, acara ini bertujuan mengangkat seni warisan rakyat ke pentas nasional menerusi gabungan persembahan istimewa, forum budaya, pendidikan dan usaha pemuliharaan warisan untuk generasi akan datang.
Ia diadakan dengan kerjasama Muzium Negara, serta disokong oleh Yayasan Hasnah melalui geran ArtsFAS (Arts For All Season).
Penganjur, menerusi kenyataan medianya, menyebut Dikir Barat telah melalui perjalanan panjang sehingga berkembang menjadi antara khazanah seni persembahan yang cukup istimewa dalam landskap kebudayaan Malaysia.
Program ini turut membawa aspirasi lebih besar untuk mengangkat Dikir Barat yang identitik dengan seni masyarakat Pantai Timur sebagai warisan seni Malaysia sebenarnya yang terus hidup, berkembang dan diwarisi merentasi generasi.
“Kemunculan lebih 10 tokoh dan penggiat seni Dikir Barat , termasuk seniman terkenal, Sabri Yunus kan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan khas sebagai antara tarikan utama ke Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026,” katanya mengenai penganjuran itu yang turut dijayakan bersama Nasi Kerabu Moknab selaku rakan kolaborasi dalam usaha mengangkat dan menyemarakkan seni warisan Dikir Barat.
“Turut terbabit Halim Yazid, Jali Bunga Tanjong, Setapo Merak Emas, Eda Ezrin, Den Manjo, Fadil Turbo, Jemi Intan Berlian, Amran DBA, Ropie Hitam Manis dan Asrulfaizal Kamaruzaman. Pertemuan ini dijangka memperlihatkan kepelbagaian pendekatan, gaya persembahan dan perkembangan Dikir Barat yang telah melalui pelbagai perubahan, sesuai peredaran zaman.”
Sarat dengan keindahan bahasa, kreativiti dan falsafah masyarakat, menurut kenyataan itu lagi, Dikir Barat tidak sewajarnya dilihat hanya sebagai hiburan tradisional atau seni yang sinonim dengan negeri tertentu.
“Muzium Negara sebagai lokasi penganjuran turut membawa makna simbolik yang tersendiri. Ia memperlihatkan perjalanan sebuah seni rakyat yang berakar dari Pantai Timur, kini diberikan ruang di sebuah institusi warisan nasional, sekali gus memperluas penghayatan terhadap seni itu dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.
“Penganjuran ini membawa mesej bahawa Dikir Barat sebaliknya juga merupakan khazanah budaya negara yang mempunyai nilai pendidikan, bahasa, pemikiran kreativiti dan pembentukan identiti masyarakat,” katanya.
Selain aktiviti pendidikan budaya dan pemindahan ilmu, juga pendokumentasian digital warisan Dikir Barat, apa lagi yang bakal ada pada Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026?


Sabri Yunus Kupas Keindahan Seni Berpantun
Program ini turut memberi perhatian kepada aspek keilmuan dan penghayatan seni menerusi sesi khas, “Seni Berpantun dalam Dikir Barat” bersama Sabri Yunus yang mengajak audiens mendalami keunikan seni berpantun, iaitu antara elemen penting dalam persembahan Dikir Barat.
Ia juga mengetengahkan aspek seperti spontan dalam penyampaian, pemikiran kreatif, kekayaan kosakata, teknik rima, permainan kata serta kemahiran penceritaan yang mnejadikan Dikir Barat sebuah seni komunikasi yang unik.
Generasi Muda Penyambung Warisan
Memberi peluang kepada pelajar, sekolah hingga IPT, untuk mendekati seni Dikir Barat secara menyeluruh menerusi Dikir Barat yang juga merupakan khazanah budaya negara yang mempunyai nilai pendidikan, bahasa, pemikiran kreativiti dan pembentukan identiti masyarakat,” katanya.
Peserta juga akan menghasilkan sebuah persembahan akhir sebagai manifestasi ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini, antaranya bagi mencetuskan minat dalam kalangan anak muda,sekali gus membuka ruang kepada kemunculan pelapis.
Forum Warisan Bincang Masa Depan Seni Tradisional
Mempertemukan tokoh seni, penggiat budaya, pendirik dan generasi semasa bagi membincangkan soal masa depan seni tradisional, misalnya termasuk cabaran untuk mengekalkan relevansinya dalam masyarakat moden tanpa menghilangkan akar budaya dan identiti asal.





Comments are closed.