Young K Sapa KL Dengan Konsert Solo
Anggota DAY6 ini tampil menerusi jelajah YOUNGEST in Kuala Lumpur, tahun depan.

Oleh RUMI

“Julai baru ini, sosok berusia 32 tahun ini menghasilkan album penuh keduanya, YOUNGEST yang hits, antaranya dengan Shut The Door dan Spike.”

TANDAKAN awal kalender 2027 anda dengan kehadiran penyanyi dan penulis lagu, Young K yang mula mencipta nama sebagai pemain bes dan vokalis band pop rock Korea, DAY6, menerusi jelajah konsert solonya, YOUNGEST in Kuala Lumpur.

Dianjurkan Live Nation Malaysia, konsert itu dijadual berlangsung pada 20 Mac 2027 di Idea Live Arena.

Bakat di bawah JYP Entertainment ini dikenali dengan karya yang meliputi daripada irama rock ke lagu yang cukup menyentuh dalam mengekspresi emosi, dan mula muncul solo dengan EP Eternal pada 2021, diikuti album penuh, Letters with Notes, dua tahun kemudian.

Julai baru ini, sosok berusia 32 tahun ini menghasilkan album penuh keduanya, YOUNGEST yang memberikan, antaranya Shut The Door dan Spike.

Susulan kejayaan konsert solo pertamanya, Young K Solo Concert, Letter with Notes, pada September 2023, dia kembali dengan Young K Solo Tour, YOUNGEST di Incheon, Korea, pada Ogos dan diikuti beberapa bandar, sebelum meneruskan jelajahnya ke rantau ini.

Akses

  • 20 Mac 2027
  • Idea Live Arena

Tiket

  • Pra-jualan My Day 6 Generation Membership bermula pada Selasa, 13 Oktober. Daftar sehingga 4 Oktober, jam 11am di aplikasi FANS.
  • Pra-jualan Live Nation bagi Ahli Live Nation berlangsung pada Rabu, 14 Oktober. Sila ke www.livenation.my untuk keahlian percuma dan akses kepada pembelian tiket.
  • Jualan awam bermula pada Khamis, 15 Oktober, seawal jam 11am menerusi www.golive-asia.com dan fantopia.io