Rizky Febian Kembali ke KL Lewat Malam Rawan

Sebuah konsert yang turut menampilkan Nadhif Basalamah sebagai artis jemputan, akhir November ini.
Oleh RUMI
“… kehadiran Nadhif dijangka memberikan dimensi berbeza kepada konsert ini, sekali gus menghimpunkan dua penyanyi Indonesia dalam sebuah malam yang meraikan muzik dan emosi.”
“MALAYSIA sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya,” ujar penyanyi dan pencipta lagtu popular Indonesia, Rizky Febian yang bakal menghangatkan ibu kota lewat Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur pada 29 November ini.
“Saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama. Kali ini,saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan saja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir.”
Jelas senang dapat kembali ke Kuala Lumpur, konsert berkenaan dilihat bakal menjadi satu lagi pertemuan istimewa antara Rizky dengan peminat Malaysia yang sentiasa menantikan kemunculannya.
Dibawakan oleh Kumho International, konsert ini merupakan anjuran AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia.
Lewat Malam Rawan, pelantun Kesempurnaan Cinta ini bakal membawa audiens menyelami sisi muziknya melalui persembahan yag menghimpunkan karya-karya popular, melodi yang dekat dengan jiwa serta momen istimewa bersama fans.
Dengan lagu bertema cinta, kerinduan dan perjalanan perasaan seperti Penantian Berharga, Makna Cinta dan Hingga Tua Bersama, misalnya Rizky menyerlahkan karakter vokal tersendiri yang menjadikan karya-karyanya dekat dengan pendengar, sekali gus mencipta suasana romantik dan penuh emosi pada Malam Rawan kelak.
Bagi menambah kehangatan persembahan, seorang lagi penyanyi dan pencipta lagu Indonesia, Nadhif Basalamah turut diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal membuat persembahan bersama Rizky.
Nadhif, dalam kenyataannya, mengakui teruja untuk menjadi sebahagian daripada Malam Rawan bersama Rizky Febian.
“Saya berharap dapat memberikan persembahan yang istimewa dan mencipta kenangan mais buat fans yang hadir nanti,” katanya.
Mula mencuri perhatian dengan lagu Pencuri Hati, kehadiran Nadhif dijangka memberikan dimensi berbeza kepada konsert ini, sekali gus menghimpunkan dua penyanyi Indonesia dalam sebuah malam yang meraikan muzik dan emosi.
Akses
- 29 November 2026
- Zepp Kuala Lumpur
- 8pm
Tiket
- CAT 1 – RM228 (Berdiri), CAT 2 – RM248 (Duduk Premium), CAT 3 – RM238 (Duduk Normal)
- Sila layari www.ticket2u.com.my/RizkyFebian







Comments are closed.