Nak Dengar Single Baru Ella?

Di pentas MTR: Sidang Penutup kelak akan diperdengarkan buat pertama kalinya.
Oleh RUMI
“… audiens pada malam Sidang Penutup itu sebagai yang pertama mendengar lagu berkenaan yang masih dirahsiakan judulnya, daripada Ella sendiri yang akan diringi pemuzik yang diketuai Datuk Acis.”
MAJLIS Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup bakal mencipta sejarah apabila selepas hampir 10 tahun, Ella bakal memperdengarkan naskah terbaru yang dirakamnya, live, pada konsert 5 Disember ini.
Ratu Rock itu membuat perkongsian itu menerusi satu siaran langsung di aplikasi Tik Tok, baru ini.
Dia yang menjawab pertanyaan beberapa peminatnya mengenai persiapan lonsert terakhir bagi siri MTR, tahun ini, menyenaraikan beberapa lagu, termasuk lagu baru itu yang merupakan ciptaan Saari Amri dan lirik, Azam Dungun.
Ini sekali gus menjadikan audiens pada malam Sidang Penutup itu sebagai yang pertama mendengar lagu berkenaan yang masih dirahsiakan judulnya, daripada Ella sendiri yang akan diringi pemuzik yang diketuai Datuk Acis.
Selain naskah baru itu, konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu juga bakal disajikan dengan lagu-lagu yang jarang dibawakan seperti La La La, Puisi Hamba, Bendera Damai, Kabus dan Sirna, serta Puteri Kota.
Istimewa sempena berlabuhnya MTR, peminat juga berpeluang menyaksikan gandingan Ella dan artis jemputannya, termasuk Yuna, Datuk Ziana Zain dan Shima, buat pertama kalinya, di Kuala Lumpur.
Tiket terhad masih boleh didapatkan di www.hitmanlive.com







Comments are closed.