Jom! Jumpa Cheng Lei di KL, September Ini

Hero popular drama China itu buat penampilan perdananya sebagai Duta Global iQIYI.
Oleh RUMI
“Membawa Cheng Lei sebagai penghubung kepada peminat adalah cara kami untuk meneruskan perjuangan dari Kuala Lumpur. Iaitu, memberikan penonton suasana dan meraikan drama yang mereka suka, bersama-sama.”
iQIYI STARSHIP 2026 akan membuat persinggahan keduanya di Malaysia dengan menampilkan Duta Global iQIYI, Cheng Lei pada satu acara di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, pada 13 September ini.
Kehadiran hero yang menerajui beberapa drama Cina popular itu diumumkan iQIYI International, sebuah platform terkemuka Asia, baru ini, yang memberi peluang kepada para peminat untuk bertemunya.
Dikenali dengan drama How Dare You?, Legend of The Female General dan My Journey to You, antaranya, Cheng Lei adalah nama di sebalik drama Cina yang mencatat tontonan paling banyak di rantau ini.
“Membina dan menyambung kejayaan iQIYI STARSHIP, sebelum ini, yang singgah di Malaysia, kami teruja untuk membawa pengalaman ini kembali ke Kuala Lumpur,” kata Pengarah Kanan iQIYI Asia Tenggara, Dinesh Ratnam.
Beliau, menerusi kenyataan medianya, berkata penonton Malaysia telah berkali-kali menunjukkan betapa mendalamnya keterujaan mereka terhadap drama Cina dan para bintang yang menghidupkan kisah-kisah ini.
“Membawa Cheng Lei sebagai penghubung kepada peminat adalah cara kami untuk meneruskan perjuangan dari Kuala Lumpur. Iaitu, memberikan penonton suasana dan meraikan drama yang mereka suka, bersama-sama,” ujarnya.
IQIYI STARSHIP ialah salah satu inisiatif utama iQIYI untuk memacu globalisasi kandungan Cina, mendekatkan bintang Cina kepada peminat di seluruh rantau ini melalui pengalaman di lapangan yang mengasyikkan serta interaksi bersama selebriti.
Kenyataan sama juga menyebut, ini peluang untuk khalayak tempatan melangkaui skrin dan berhubung dengan drama serta bintang yang mereka minati, malah menjadi sebahagian daripada pengalaman dan bukan sekadar penonton.
IQIYI STARSHIP 2026 di Malaysia
- 13 September 2026
- 1.30pm
- Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
- Sila ikuti platform media sosial rasmi iQIYI Malaysia untuk info





Comments are closed.