DATO’ M.N47IR CIPTA 4 Lengkapi Trilogi Cipta

Julai ini, seniman yang dijulang sebagai Sifu itu kembali untuk mencipta satu lagi sejarah seni.
Oleh RUMI
“Cipta menjadi medan sejarah, medan momen, dan medan kesinambungan menikmati ratusan karya M Nasir, sama ada yang dicipta buat dirinya sendiri atau penyanyi lain.”
“KERANA ratusan ciptaan lagu yang dicipta, pencipta M Nasir layak dipedengarkan secara langsung bersama visual yang menarik, terutamanya berkaitan dengan karya-karya ciptaan beliau,” kata Iman Tang, pencetus di sebalik penganjuran siri konsert Cipta.
Kembali pada 4 Julai ini, konsert yang dinamakan DATO’ M.N47IR CIPTA 4 itu adalah yang terbaru daripada Icon Entertainment selepas mencetuskan fenomena lewat M.Na45ir Cipta 1 pada Ogos 2024.
Jenama Cipta diperkukuhkan menerusi penganjuran Cipta 2 pada Oktober tahun yang sama. Ini diikuti Cipta 3 pada September 2025, menyusuli edisi istimewa sempena keraian Aidilfitri, iaitu Cipta Raya.
Iman, menerusi kenyataan medianya, menyifatkan Cipta 4 yang menjadi penerus kepada trilogi Cipta bukan sekadar melakar kejayaan buat M Nasir, malah bagi industri muzik tempatan seluruhnya.
“Jika kita boleh anjurkan DATO’ M.N47IR CIPTA 4, mengapa perlu berhenti pada penganjuran sebelum ini?” katanya.

“Buat Icon Entertainment, setiap kali menganjurkan sesebuah konsert, kami turut mencipta sebuah sejarah bukan secara peribadi, tetapi juga buat industri muzik tempatan menjadi kayu ukur yang baik untuk dilihat oleh seluruh pemain industri.”
Justeru, tidaklah mengejutkan apabila Iman mendedahkan Cipta 4 yang menetapkan batik injection sebagai temanya juga bukanlah pengakhiran bagi siri Cipta ini.
“Cipta menjadi medan sejarah, medan momen, dan medan kesinambungan menikmati ratusan karya M Nasir, sama ada yang dicipta buat dirinya sendiri atau penyanyi lain,” katanya, mengesahkan adanya konsert lanjutan.
Soalnya tidakkah ia menjadi terlalu berlebihan kelak?
“Jika ada yang berasa sudah cukup dengan penganjuran trilogi Cipta, percayalah Cipta 4 akan memberi dimensi dan nikmat tersendiri,” kata Iman, seraya menyifatkannya tidak harus dilepaskan “kerana anda tidak akan menikmati momen yag diciptakan seperti ini dalam satu tempoh yang cukup panjang nanti.”
Akses
- 4 Julai 2026
- Unifi Arena, Kuala Lumpur
Tiket
- RM238 (Mentera Semerah Padi), RM338 (Sekuntum Bungai di Gurun Sahara), RM458 (Andainya Aku Pergi Dulu), RM488 (Mahligai Syahdu), RM528 (Sentuhan Kecundang) & RM588 (Cinta Kristal)
- Tiket akan mula dijual pada 24 April ini, jam 11am
- Layari www.ticket2u.com.my untuk pembelian






Comments are closed.