D’Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur
Band pop rock Indonesia ini kembali untuk konsert, Februari 2024

Oleh RUMI

BERLIMA, band pop rock terkenal Indonesia yang menggelar diri mereka D’Masiv ini dijadual kembali ke Kuala Lumpur untuk memberikan sebuah pengalaman muzik yang tidak terlupakan menerusi konsert D’Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur pada 4 Februari depan.

Berjanji untuk memperdengarkan puluhan hits mereka dalam sebuah persembahan yang meruntun jiwa, malam bersama band berusia 20 tahun ini tentunya akan disemarakkan dengan bunyian ikonik dan energi mereka di pentas.

Vokal Rian Ekky Pradipta tentunya akan memukau penggemar D’Masiv pada konsert anjuran Ifix Entertainment dengan kerjasama Panggung Asia itu yang turut menampilkan gitaris, Dwikky Aditya Marsall dan Nurul Damar Ramadhan, selain Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (Bass) dan Wahyu Piadji (dram).

Jangkakan judul seperti Tak Bisa Hidup Tanpamu dan Cinta Ini Membunuhku, antaranya daripada penyandang beberapa anugerah berprestij ini, termasuk Artis Baru Terbaik pada MTV Indonesia 2008 dan Kumpulan Duo/Kumpulan Pop Terbaik, Anugerah Muzik Indonesia pada tahun berikutnya.

Akses

  • 4 Februari 2024
  • Mega Star Arena, Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • Tiket berharga RM159 ICat 1 – general standing), RM199 (Cat 2 – peremium seating), RM139 (Cat 3 – general seating)
  • Dapatkan di www.tapautix.asia