Gerenti Hangat, Hausboom Music 2023 Sasarkan Kehadiran 15,000 Fans
Menampilkan 35 artis, termasuk daripada Singapura dan Indonesia pada konsert tempatan terbesar, September ini.

Oleh RUMI | Foto Hausboom

Hausboom Music kini dikenali sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti rock, dangdut, R&B dan hip-hop, misalnya dalam sebuah penganjuran konsert.”

NAMA selegenda Ella ke Exists, hinggalah pemuzik asal indie seperti Bunkface ke Hujan, juga Kugiran Masdo dan Imsoniacks yang makin meraih perhatian disahkan bakal menghangatkan Hausboom Music 2023 pada September nanti.

Itu adalah antara 35 artis dan pemuzik pelbagai genre yang disenaraikan untuk persembahan pada edisi ketiganya yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas kali pertama pesta ini diperkenalkan lima tahun lalu.

Misinya cuma satu, iaitu memberi hiburan maksimum dan berkualiti buat pengunjung.

Hausboom Music kini dikenali sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti rock, dangdut, R&B dan hip-hop, misalnya dalam sebuah penganjuran konsert,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi.

“Penghibur berbeza latar muzik akan dihimpunkan di dalam sebuah acara, sesuai dengan objektif Hausboom untuk terus menghidupkan dan menyemarakkan ekonomi industri hiburan negara, di samping meraikan dan menyokong pemuzik tempatan untuk terus aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik dan berbaloi, termasuk dengan kehadiran artis Indonesia dan Singapura.

“Dengan penyertaan 35 pemuzik dan pemilihan SIC sebagai lokasi, kami mensasarkan Hausboom Music 2023 dapat menarik sekitar 15,000 penonton pada sepanjang dua hari konsert itu berlangsung.”

Selain harga tiket serendah RM199 untuk pesta selama dua hari itu, Hausboom menerusi kenyataan medianya, turut mengumumkan pengeluaran 200,000 botol edisi terhad Hausboom Sparkling Juice konsert Hausboom Music 2003 yang memaparkan kod QR yang boleh diimbas bagi meraih peluang memenangi tiket-tiket VVIP bernilai RM1,200 setiap tiket, antaranya.

Hausboom Music 2003 akan turut disertai Search, Datuk M Nasir, Joe Flizzow, Spider dan SonaOne, selain SOG, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta, Grey Sky Morning bagi menambah hype.

Juga disenaraikan, Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT, selain artis Indonesia, Hyndia dan Alyph & Akeem Jahat daripada Singapura.

Akses

  • 9 & 10 September 2023
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
  • 8pm

Tiket