19th Anniversary Repvblik Band Live in Kuala Lumpur, 11 Ogos Ini
Tidak sendirian, konsert tampilkan Tiktoker, Yuletta Yucha sebagai pembuka konsert.

Oleh RUMI

“Sebanyak 16 lagu akan dibawa dalam konsert ini yang akan dibuka dengan persembahan oleh Yuletta Yucha, personaliti TikTok yang mula dikenali dengan lagu dialek Kelantan, Saye Kat Ku, Cinto Kat Ku.”

SEMBILAN tahun sudah berlalu sejak kali terakhir Repvblik Band menyantuni para penggemar mereka di Malaysia.

Jadi, apa cara yang lebih baik untuk mereka kembali kalau bukan menerusi sebuah konsert bagi meraikan ulang tahun ke-19 band ini dalam dunia muzik?

Dianjurkan Aytie Management dan Boomset Planning, band asal Bogor, Indonesia ini yang dikenali dengan hits seperti Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga dan Sayang Sampai Mati kembali untuk menghiburkan fans pada 11 Ogos depan.

Band yang memperjuangkan genre pop rock dan rock alternatif ini, setakat ini sudah menghasilkan lapan album sejak kemunculan pada 2004 dan terbaru, muncul dengan lagu Sandiwara Lagi yang bersandarkan kisah cinta vokalisnya, Ruri Herdian Wantagio yang juga merupakan penciptanya.

Selain Ruri, Repvblik Band turut dianggotai Lavy (bass), Tyar (keyboard dan penyanyi latar) dan Ei (gitar utama).

Sebanyak 16 lagu akan dibawa dalam konsert ini yang akan dibuka dengan persembahan oleh Yuletta Yucha, personaliti TikTok yang mula dikenali dengan lagu dialek Kelantan, Saye Kat Ku, Cinto Kat Ku.

Yuletta, atau nama sebenarnya, Mas Noor Nabila Syafiqa dari Sungai Petani, Kedah, juga dikenali dengan keupayaannya membawakan lagu rap, selain dalam beberapa bahasa seperti Thailand, Latin dan Tamil.

Akses

  • 11 Ogos 2023
  • Zepp Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket