Nidji Lepas Rindu, Bawa Budi Doremi ke KL
Di konsert Dream Collaboration: Nidji x Budi Doremi, Ahad ini serentak 21 tahun penubuhannya.

Oleh RUMI

“Tahun 2023 adalah tahun ke-21 penubuhan Nidji. Kini selepas 21 tahun, kami seronok dapat meraikannya dengan kawan-kawan di Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja.”

“INI seperti mengulangi semula sejarah kami,” kata Nidji mengenai persembahan di Kuala Lumpur yang juga mempertemukan mereka di pentas buat pertama kalinya dengan penyanyi solo, Budi Doremi.

Ujarnya lagi, “Tahun 2023 adalah tahun ke-21 penubuhan Nidji. Kini selepas 21 tahun, kami seronok dapat meraikannya dengan kawan-kawan di Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja.”

Dianjurkan oleh Inspire, kolaborasi Nidji dan Budi itu akan turut menyaksikan persembahan oleh Aishah Retno yang mula membina namanya selepas penyertaannya di dalam program Big Stage, sebelum ini.

Nidji, dalam satu kenyataan medianya, berharap kehadiran mereka dapat melepaskan rindu, terutama para Nidjiholic setelah kali terakhir menghiburkan fans mereka di Malaysia, empat tahun lalu.

“Nidji juga sempat melancar ulang lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan baru, iaitu dengan menambahkan sentuhan saksofon yang menghanyutkan,” kata Rama, mewakili Nidji, seraya mengumumkan tiket couple diperkenalkan bagi konsert itu.

Popular, antaranya dengan lagu Hapus Aku dan Laskar Pelangi, Nidji berjanji untuk membawakan sebuah persembahan luar biasa, termasuk menerusi lagu baru seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta.

Bagi Budi pula, kolaborasi bersama Nidji ini adalah satu penghormatan buatnya yang juga merupakan peminat kumpulan itu sejak kecil.

“Seawal usia lima tahun lagi saya mahu bergandingan dengan Nidji,” kata penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Tolong itu. “Dan akhirnya impian untuk sepentas dengan Nidji tercapai juga.”

Rama Ananda Ambri yang memimpin Dream Collaboration, percaya acara yang diselenggara di Malaysia ini “dapat menghibur seluruh pecinta muzik dan juga memberikan memori yang berkesan bagi audiensnya dengan kolaborasi epik dua pemuziknya.”

Akses

  • 19 Mac 2023
  • Zepp Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • Serendah RM136 sehingga RM4,696 bagi kerusi Royal Box. Belian bagi pasangan untuk Couple Package 2 boleh didapatkan pada harga RM220.

Dapatkan di www.ticket2u.com.my