Rai 2023 Dengan Konsert Tulus di KL
Penyanyi dan penulis lagu Indonesia itu kembali menerusi Fabulous Friday Presents Tulus pada 6 Januari depan.

Oleh RUMI

“Kehadiran Tulus bukan saja akan melunaskan kerinduan fans tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik daripada rakan seni seberang.”

“SEMOGA rindu ini menghilang,” kata pelantun terkenal irama pop dan jazz, Tulus yang teruja menanti Januari depan untuk kembali ke ibu kota bagi menghiburkan fans Malaysianya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Lama betul tidak bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Kita bakal menyanyi bersama-sama.”

Dibawa oleh Shiraz Projects, ini adalah konsert ketiga Tulus anjurannya selepas kejayaan awal yang dicatat menerusi Konsert Tulus Live at Istana Budaya, diikuti Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari.

Debut dengan album yang menggunakan namanya sendiri pada 2011, bakat berdarah Minangkabau ini cepat meraih perhatian dengan himpunan lagu romantis dan bait puitisnya seperti Sewindu, Teman Hidup, Pamit, Monokrom dan Tukar Jiwa.

Bagi meraikan tahun baharu nanti, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shiraz, berkata konsert yang dipersembahkan menerusi Fabulous Friday Presents Tulus itu diadakan sebagai memenuhi permintaan penggemarnya untuk bernostalgia, selain mahu mendengar secara langsung karya terbaru daripada album Manusia yang baru ini, membolehkan Tulus meraih kemenangan pada Anugerah Muzik Indonesia 2022.

“Kehadiran Tulus bukan saja akan melunaskan kerinduan fans tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik daripada rakan seni seberang,” kata Shiraz, memetik kenyataan medianya.

“Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk dipersembahkan, bukan saja sebagai hiburan tetapi juga pengalaman.”

Untuk info lanjut layari www.shirazprojects.com

Akses

  • 6 Januari 2023
  • 8.30pm
  • Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Tiket

  • RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver)
  • Dapatkan tiket di www.myticket.asia atau hubungi 03-86050106/ Hotline: 0122560082