<em>BCL Blossom Intimate Concert</em>, Apresiasi BCL Buat <em>Fans</em>
Konsert atas dukungan terhadap karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas kematian suami.

Oleh RUMI

“BCL Blossom Intimate Concert ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya. Selalu DM, memberi komen di media sosial dengan kata-kata semangat, terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia.”

“SUPAYA saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” kata Bunga Citra Lestari, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia yang turut mesra disapa Bunga atau BCL ini mengenai erti di balik bait Blossom yang digunakan bagi konsertnya di Kuala Lumpur, Januari depan.

BCL Blossom Intimate Concert yang merupakan konsert sulungnya selepas pandemik dianjurkan oleh Icon Entertainment.

Sempat melalui beberapa fasa dalam hidupnya, beberapa tahun kebelakangan ini, dia menyifatkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendukung karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas pemergian suami, aktor asal Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair, dua tahun lalu.

“Sudah cukup lama saya menantikan momen untuk mengadakan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua say aini.” katanya yang mengakui teruja untuk bersua semula dengan fans Malaysianya.

“BCL Blossom Intimate Concert ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya. Selalu DM, memberi komen di media sosial dengan kata-kata semangat, terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia.”

Justeru, menurut ibu kepada seorang putera ini, Blossom yang ditampilkan bertepatan sebagai tema konsertnya kerana signifikasinya kepada kerjaya seninya, juga kehidupannya pada masa kini dan akan datang.

Iman Tang yang mewakili penganjur, memberitahu pihaknya memang sentiasa mengikuti perkembangan BCL dan menunggu momen yang tepat bagi melamar, sekali gus mendapatkan persetujuan untuk konsert ini.

Memulakan kerjaya seninya pada 2002, BCL meraih perhatian lewat hits seperti Ingkar, Lagu CInta Pertama (Sunny) dan Wanita Terbahagia. Kali terakhir muncul dengan album solonya, It’s Me BCL pada 2017, dia juga dikenali lewat duetnya, terbaru bersama Ariel Noah menerusi Menghapus Jejakmu.

Akses

  • 27 Januari 2023
  • 8.30pm
  • Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Tiket

  • Kategori 12 Tahun Terindah (Early bird: RM1,188/ Normal: RM1,238), Menghapus Jejakmu (Early bird: RM988/ Normal: RM1,038), Cinta Sejati (Early bird: RM788/ Normal: RM838), Aku & Dirimu (Early bird: RM588/ Normal: RM638), Wanita Terbahagia (Early bird: RM258/ Normal: RM308), Ingkar (Early bird: RM218/ Normal: RM268)
  • Dapatkan tiket di www.ticket2u.com.my