30 Years of Dewa 19 Tempa Sejarah! Konsert Ditambah 2 Malam
Tiket habis dalam masa sejam sebaik kaunter dibuka, konsert band Indonesia ini ditambah bagi penuhi permintaan Baladewa!

Oleh Rumi

“… konsert September ini bakal disertai mantan ahlinya seperti pemain dram, Tyo Nugros, mengiringi kemantapan vokal Ari Lasso sebelum posisi diambil alih oleh Once Mekel dan diteruskan dengan Virzha dan terkini, Ello.”

Nafas kencang sudah dirasai seawal pengumuman Dewa 19 akan kembali ke pentas Malaysia bagi menunaikan janji, sekali gus meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya lewat konsert nostalgik yang digelar 30 Years of Dewa 19.

Ini menuntut band asal Surabaya ini yang dalam rangka Anniversary Tour di republik berkenaan menambah persembahan menjadi dua malam selepas tiket bagi tarikh asal, 10 September habis disambar para Baladewa dalam masa hanya sejam sebaik kaunter dibuka.

Tentu saja kerana penggemarnya enggan terlepas peluang melakar momen bersejarah menyaksikan Dewa 19 dalam persembahan yang julung kali menggabungkan empat vokalisnya, selain menyaksikan kehadiran pengasasnya, Ahmad Dhani.

Dibawa oleh Icon Entertainment, konsert September ini bakal disertai mantan ahlinya seperti pemain dram, Tyo Nugros, mengiringi kemantapan vokal Ari Lasso sebelum posisi diambil alih oleh Once Mekel dan diteruskan dengan Virzha dan terkini, Ello.

Sesuai dengan slogan “30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu”, Ahmad Dhani, menerusi kenyataan medianya, berjanji untuk memperdengarkan banyak rendisi yang tidak pernah, serta jarang dipersembahkan dalam konsert Dewa 19.

Siap untuk sama melakar sejarah bersama Dewa 19? Tapi, mana satu kategori anda?

Akses
• 9 September 2022
• 10 September 2022 – Sold out!
• Axiata Arena, Kuala Lumpur
• 8.30pm

Tiket
• Laskar Cinta (standing) Early bird: RM168/ Full price: RM188
• Dewi (level 4) Early bird: RM148/ Full price: RM168
• Kangen (level 3) Early bird: RM268/ Full price: RM288
• Roman Picisan (level 3) Early bird: RM368/ Full price: RM388
• Arjuna (level 30) Early bird: RM468/ Full price: RM488

Beli di www.ticket2u.com.my/dewa19 atau WhatsApp hotline: 019-9919055