Malam Intim Atilia Haron in Concert Tampilkan SORE Ze Band

Bawa fans mendalami perjalanan seninya dalam sebuah konsert yang melangkaui persembahan muzik konvensional.
Oleh RUMI
“Konsert intim berdurasi 90 minit itu meraikan evolusi Atilia Haron sebagai seorang pengkarya, menampilkan lebih 40 lagu yang akan membawa audiens mengimbau detik-detik penting dalam perjalanan seninya… “
ATILIA Haron in Concert pada September nanti disebut sebagai satu detik penting dalam perjalanan seni penyanyi itu.
Direka sebagai sebuah pengalaman intim dan penuh makna, konsert yang cukup peribadi itu diterjemahkan sebagai pengalaman yang membangkitkan kenangan, menyentuh jiwa dan memberi nafas baharu.
Berteraskan hubungan emosi yang mendalam dan evolusi seni Atilia, konsert ini membawa audiens menyelami ruang yang cukup peribadi, di mana setiap lagu dihidupkan semula dan dtafsirkan dengan perspektif baharu, berlandaskan kematangan, kejujuran dan kehadiran yang tulus.
Diolah sebagai sebuah perjalanan emosi yang tersusun, konsert berskala besar pertamanya itu akan membawa audiens menyelusuri pelbagai fasa yang merangkumi refleksi, degupan jiwa, kenangan dan pembaharuan, sebelum berakhir dengan sebuah pengakuan yang sederhana namun penuh makna: “Saya masih terus berkembang.”
Sepanjang persembahan, menurut kenyataan medianya, audiens akan dibawa menghayati detik-deitk yang menyentuh perasaan, membangkitkan kekuatan, mengimbau nostalgia, memberikan kejelasan dan meraikan penerimaan diri, sekali gus mencipta pengalaman yang tulus, mendalami dan meninggalkan kesan emosi yang berpanjangan meskipun tirai persembahan telah dilabuhkan.
Konsert intim berdurasi 90 minit itu meraikan evolusi Atilia Haron sebagai seorang pengkarya, menampilkan lebih 40 lagu yang akan membawa audiens mengimbau detik-detik penting dalam perjalanan seninya menerusi susunan lagu yang diberi nafas baharu,karya-karya terkini serta duet-duet istimewa yang mencerminkan sisi peribadi dan kreatif Alia.
Bagi menambah keistimewaan konsert, ditampilkan SORE Ze Band yang bukan saja menjadi artis jemputan, malah band terkenal Indonesia ini turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju artistik malam itu.
Kolaborasi Atilia Haron-SORE Ze Band ini menjanjikan pengalaman muzik yang penuh emosi, bermakna dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada setiap audiens dengan susunan muzik ekskusif dam persembahan bersama yang dirancang khas, sekali gus menyuntik dimensi emosi yang lebih mendalam serta memperkayakan pengalaman muzikal pada sepanjang konsert.
Manakala landskap bunyi konsert akan diterajui Pengarah Muzik, Fly Halizor. Ia juga menampilkan Persatuan Karyawan Malaysia sebagai rakan kolaborasi utama serta menarik penyertaan Per’l, jenama minuman kesegaran khusus untuk kesejahteraan wanita sebagai jenama rasmi.
Akses
- 19 September 2026
- 8pm
- Robert’s Theatre, The Campus Amoang
Tiket
- Prahara – Tempat Duduk Merah (RM228), Indah – Tempat Duduk Biru (RM188) dan Sangkar – Tempat Duduk Hijau (RM168).
- Prahara – Tempat Duduk Kuning (RM248) untuk pengalaman eksklusif dengan sesi Meet & Greet
- Layari https://myticket.asia/events/atilia-haron-in-concert/ untuk pembelian






Comments are closed.