Atilia Haron: Di Manakah Kau Sore Ini?
Sebuah lagu tentang cinta, rindu, jarak, dan kesetiaan yang tetap utuh.

Oleh RUMI

“Saya selalu tertanya-tanya adakah akan ada jawapan untuk soalan saya. Di Manakah Kau Sore Ini?’ Mungkin suatu hari nanti, dalam bentuk yang saya sendiri impikan. Mungkin.”

“DAH lama saya tak tulis lagu macam ini,” kata Atilia Haron tentang Di Manakah Kau Sore Ini? yang

merupakan ciptaannya dan Jinx, manakala lirik olehnya sendiri. “Ia adalah sebuah lagu yang dekat di hati saya.”

Menyusuri bait yang dimulai dengan rangkap “Ku menungkan segala rasa, Laungkan semua lewat senja, Rasakah deru merekah jiwa, Deras jalannya ikut prahara”, dia mencoretkan “sebuah lagu tentang cinta, rindu, jarak, dan kesetiaan yang tetap utuh walaupun dua hati dipisahkan oleh waktu dan ruang.”

Selepas Cinta Sampai Mati yang dilahirkan pada 2023 dan didedikasi buat Allahyarham bapanya, Raja Haron Raja Aziz, selain Kekanda Adinda, Atilia kembali menghembuskan rasa damai dengan vibrasi jazznya menerusi lagu ini yang juga merupakan surat cinta buat band kegemarannya.

“Sore adalah satu inspirasi terbesar saya, dan lagu ini membawa rasa terima kasih itu bersama-sama,” katanya tentang band itu yang diakuinya telah mengajarnya akan makna ketahanan, kelembutan, keindahan seni yang sejati dan sebuah kerinduan.

“Saya selalu tertanya-tanya adakah akan ada jawapan untuk soalan saya.    “Di Manakah Kau Sore Ini?’ Mungkin suatu hari nanti, dalam bentuk yang saya sendiri impikan. Mungkin. Jawapan kepada soalan saya dalam bentuk irama juga? Mungkin.”