Keghairahan 30 Hits Timeless Dengan Ungu
Bersama band asal Indonesia ini, warnai Kuala Lumpur dengan ungu pada 25 Februari 2024

Oleh RUMI | Foto Icon Entertainment

“Kerana mereka memiliki segudang hits yang akan membuat Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless istimewa kerana ini bermakna, mereka akan mempersembahkan 30 lagu popular Ungu dalam sepanjang karier mereka.”

ANDAI Ku Tahu. Siapa saja yang tidak mengenali lagu meruntun jiwa dendangan band yang dikenali dengan nama Ungu itu?

Bagaimana dengan Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu dan Tercipta Untukmu, misalnya?

Di tahun ke-28 penubuhan band asal Jakarta ini, juga dengan puluhan judul malar segar yang mengundang nostalgia, masanya untuk menyambut kembalinya mereka ke Kuala Lumpur pada 25 Februari nanti.

Di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless tajaan AKE Group dan dianjurkan oleh Icon Entertainment itu akan mempertemukakan semula vokalis, Pasha, Enda dan Oncy (gitar), juga Makki (bass) dan Rowman (dram) dengan fans Malaysia mereka.

AKE Group yang diwakili Datuk Bakhtiar, menyifatkan 30 hits Ungu dijadikan sandaran berupaya memancing peminat muzik tanahair walaupun band itu sudah beberapa kali membuat persembahan di tanahair.

“Kerana mereka memiliki segudang hits yang akan membuat Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless istimewa kerana ini bermakna, mereka akan mempersembahkan 30 lagu popular Ungu dalam sepanjang karier mereka,” katanya, memetik kenyataan medianya.

Ungu yang debut dengan album studio, Laguku, sehingga kini sudah memiliki lapan album, selain beberapa album religi yang memberikan, antaranya SurgaMu dan Para PencariMu dan album runut bunyi seperti Ayat Ayat Cinta, berazam untuk tampil maksimal pada konsert di Kuala Lumpur nanti.

Juga menarik apabila Pasha, menerusi kenyataan sama, mengesahkan akan memperdengarkan beberapa lagu pilihan daripada Malaysia dan Indonesia secara medley sebagai hadiah buat audiens nanti.

“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya. Semoga kelak ia menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” katanya mengenai konsert yang turut menyarankan audiens berbusana ungu bagi menambah kemeriahan.

Akses

  • 25 Februari 2025
  • Megastar Arena KL
  • 8.30pm

Tiket

  • RM388 (Tercipta Untukmu, Standing), RM218 (Kekasih Gelapku, Seating 1), RM138 (Demi Waktu, Seating 2)
  • Tiket dijual bermula 1 Disember 2023 di www.ticket2u.com.my atau hubungi hotline 012-6530700 (whatsapp)