Andra and The Backbone Sempurna di Kuala Lumpur
Band asal Indonesia ini kembali ke ibukota untuk konsert, Disember ini.

Oleh RUMI | Foto Qew Communications

“Dan empat tahun selepas ditampilkan sebagai pembuka konsert Dewa 19 di tanahair, Andra and The Backbone kembali untuk konsert solo mereka yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.”

TUJUH belas tahun berlalu sejak Sempurna memperkenalkan band dengan nama Andra and The Backbone ke persada muzik Indonesia yang kehangatannya ikut menyelinap dalam kalangan penggemar muzik tanahair.

Begitu pun, tidak hanya bersandarkan lagu yang dihasilkan oleh Andra Ramadhan dan Stevie Item itu, band rock ini yang turut menampilkan Dedy Lisan sebagai vokalis, terus hadir dengan karya hebat dan bertahan sampai kini.

Dan empat tahun selepas ditampilkan sebagai pembuka konsert Dewa 19 di tanahair, Andra and The Backbone kembali untuk konsert solo mereka yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

Dianjurkan Qew Communications Sdn Bhd, band ini yang didirikan oleh Andra yang juga pemain gitar Dewa 19 dijangka memainkan lagu pilihan daripada empat album mereka, termasuk Love, Faith & Hope.

Selain Sempurna tentunya yang pernah dirakam semula oleh penyanyi popular Indonesia, Gita Gutawa, Andra and The Backbone juga dikenali dengan judul seperti Hitamku, Lagi dan Lagi, Musnah dan Dengarkan Aku.

Akses

  • 1 Disember 2023
  • Zeoo Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP)
  • Layari myticket.asia