Konsert Slam Nurkasih, 6 Ogos Ini
Slam kembali ke pentas lewat konsert sulung di Kuala Lumpur.

Oleh RUMI

“… Konsert Slam Nurkasih yang juga judul sebuah lagi hits kumpulan ini daripada album kedua, Kesan Terbukti, yang tentunya menggamit banyak memori apabila nama mereka mula meledak pada 1995 dan terus diminati sampai kini.”

SLAM, auranya masih terasa. Gerimis Mengundang, antara lagu malar segar kumpulan asal Johor ini yang sering berkumandang pada era 90an, malah sampai dijadikan judul sebuah filem tidak lama dulu.

Sepertimana Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin merupakan sebahagian daripada puluhan lagu mereka yang masih membekas bagi penggemarnya.

Dan Ogos ini, Slam kembali bergabung menerusi Konsert Slam Nurkasih yang juga judul sebuah lagi hits kumpulan ini daripada album kedua, Kesan Terbukti, yang tentunya menggamit banyak memori apabila nama mereka mula meledak pada 1995 dan terus diminati sampai kini.

Jadi, sedia untuk digamit nostalgia bersama Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man?

Dianjurkan oleh AGV & WMD, konsert ini menampilkan Belbis sebagai rakan produksi bersama rakan strategik,Mewah Event Management. Tiket dijual pada harga serentah RM198 dengan empat kotak Royal Box berharga RM5,000 setiap satu telah dijual.

Akses

  • 6 Ogos 2023
  • Zepp Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket