Rajinilkanth Kembali Dengan Jailer 2!
Sebuah sekuel yang memungkinkan fllem ini mencatat sejarah dengan kutipan box-office lagi.

Oleh RUMI

JAILER 2 dikhabarkan sebagai sekuel yang amat dinanti-nantikan selepas kejayaan luar biasa Jailer pada 2023.

Begitu pun, bagi  penggemar filem Tamil, khususnya, apa yang menjadikannya lebih bermakna ialah dengan kembalinya bintang ternama, Rajinikanth, sekali gus menjadikannya sebagai filem yang ke-172 yang dilakonkannya.

Mula ditayangkan pada 15 Oktober lalu, karya  arahan Nelson Dilipkumar ini diedarkan di Malaysia oleh Malik Streams Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat terkemuka dalam industri pengedaran filem dan hiburan di Malaysia.

Pengasasnya, Datuk Abdul Malik, tidak ragu-ragu dengan keupayaan Rajinikant untuk menarik audiens ke panggung bagi menonton Jailer 2 yang dikatakan sebagai sebuah filem hiburan aksi yang lengkap.

“Jailer 2 menyajikan pengalaman sinematik yang pantas, padat dan menghiburkan menerusi gabungan aksi penuh mendebarkan, unsur komedi yang mencuit hati, babak-babak menarik serta kemunculan khas barisan pelakon terkenal yang memberikan kejutan kepada audiens.

“Keistimewaan filem ini turut diperkukuh dengan muzik hasil sentuhan komposer terkenal,

Anirudh Ravichander yang sekali lagi berjaya menghasilkan antara album runut bunyi terbaik sepanjang kerjayanya.

“Gabungan lagu-lagu yang memukau serta muzik latar yang bertenaga berjaya meningkatkan lagi impak setiap babak dan memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengagumkan,” katanya, menerusi kenyataan medianya.

Sejak membawa masuk filem utama Tamil ke Malaysia, dia berkata, apa yang turut membanggakannya ialah kerana Jailer 2 juga merupakan kelima lakonan Rajinikanth yang diedarkan oleh Malik Streams Corporation di Malaysia.

Kerana itu, menurut Abdul Malik, ia menjelaskan mengapa filem seumpama Jailer 2 dilihat seakan mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seni Rajinikant yang gemilang selama lebih lima dekad.   

“Gabungan lagu-lagu yang memukau serta muzik latar yang bertenaga berjaya meningkatkan lagi impak setiap babak dan memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengagumkan,” tambahnya.

Promosi Bersejarah di Malaysia

Jailer 2 tampil sebagai sebuah filem hiburan aksi yang lengkap dan wajib ditonton oleh para peminat filem di layar perak! Bersempena tayangan Jailer 2, Malik Streams Corporation telah memperkenalkan beberapa, antaranaya:
 
– Tren Khas Jailer 2: Kempen promosi bersejarah menerusi sebuah tren yang dihiasi sepenuhnya dengan visual jailer 2, sekali gus mencipta satu pendekatan baharu dalam promosi filem Tamil di Malaysia.
– Majlis Pelancaran Treler: Sambutan istimewa yang menghimpunkan para peminat superstar Rajinikanth di Malaysia.
– Pengalaman Pawagam Premium: Jailer 2 turut ditayangkan dalam format IMAX, 4DX dan Dolby Atmos di pawagam terpilih bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih hebat.
– Majlis Tayangan Gala Jailer 2: Sebuah majlis tayangan gala eksklusif yang diadakan pada 15 Oktober 2026, menghimpunkan wakil media, rakan industri, selebriti, pempengaruh media sosial serta tetamu jemputan.

Melalui pelbagai inisiatif ini, Malik Streams Corporation terus komited , antaranya untuk meningkatkan pengalaman tontonan di pawagam serta menetapkan penanda aras baharu dalam industri pengedaran filem di Malaysia,