Lawak dan Seram, Lagu Raya Luqman Podolski Buat Terke-ZUS

Kempen unik ZUS Coffee ajak ketepikan telefon bimbit, hargai detik penting bersama orang tersayang.
Oleh RUMI
“… lagu Cerita Malam Raya ini membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk Hari Raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram.” – Luqman Podolski
“HANTU-hantu dalam video muzik ini memang menakutkan!” seloroh Luqman Podolski, pencipta kandungan dan penyanyi yang mengadun unsur lawak dan seram menerusi lagu Rayanya, Cerita Malam Raya.
Sebuah projek kerjasama antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, C, dan Zeppo Youngsterz Crew, ia menceritakan keluarga yang berkumpul pada malam Raya dan mengharungi pengalaman yang ngeri, namun menggelikan hati bersama-sama.
Diarahkan oleh Ashrafiqal Aleef, lagu yang diinspirasi daripada tradisi filem Hari Raya dan perbualan larut malam antara keluarga dan rakan-rakan itu juga adalah nadi kempen Sembang-Sembang dengan ZUS bagi mengajak orang ramai mengetepikan telefon bimbit untuk menghargai detik penting bersama orang tersayang.
“Berkolaborasi dengan ZUS Coffee dalam proses kreatif video muzik Cerita Malam Raya adalah pengalaman bermakna. Susunan lagu oleh Faithful Music membakar semangat perayaan dan seni tarian daripada Zeppo Youngsterz Crew berjaya menangkap kemeriahan malam raya,” ujar Luqman.
“Bagi saya, lagu Cerita Malam Raya ini membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk Hari Raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram.”
Cerita Malam Raya, menurut kenyataan media ZUS Coffee, mengesahkan komitmen jenama kopi itu untuk menyokong bakat tempatan, meraikan penceritaan Malaysia dan kegembiraan hubungan sesama manusia.
“Projek ini mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain,” kata Pengarah Kreatif ZUS Coffee, Shafiqah Othman.
“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films, dan Zeppo Youngsterz Crew kerana apabila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat.”

ZUS Coffee, dalam kenyataan sama, turut menekankan satu lagi aspek utama kempen Sembang-Sembang dengan ZUS adalah kerjasama yang terjalin dengan kolektif artis tempatan, Projek Sembang-Sembang dengan karya seni Malaysia yang nostalgia dan ekspresif.
Melalui rekaan eksklusif pada produk dan pembungkusan, visual yang dipaparkan memberi nafas baharu buat kempen ini.
Bagi memeriahkan pelancaran lagu, orang ramai juga berpeluang memenangi kopi percuma selama setahun dengan menyertai Cabaran Tarian Cerita Malam Raya dengan berkongsi tarian terbaik mereka, berlatar lagu Cerita Malam Raya, di Tik Tok dan tag ZUS Coffee.
Gunakan #SembangSembangDenganZUS untuk mereka yang mahu berkongsi cerita Raya yang paling lucu atau menyeramkan, menerusi tradisi sembang-sembang yang mengilhamkan lagu berkenaan.
Tawaran istimewa Ramadan dan Raya daripada ZUS Coffee:
- Diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar
- Pengeluaran Siri Jagung semasa sambutan Raya
- Koleksi Raya, termasuk Sampul Raya, Stiker Raya, Sembang Raya Keychains, ZUS Raya Card Game

Comments are closed.