Zamani, Ameng, Amir Ukays dan Iklim dalam Konsert Kasih Pengasih 2023, 1 Julai ini
Bagi mengumpul dana untuk menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di Bentong

Oleh RUMI

“… gabungan Zamani Slam, Ameng Spring dan Amir Ukays, selain band rock, Iklim bersama Azmani sebagai vokalis, bertujuan mengutip dana bagi menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di Cinta Manis, Bentong.”

SERENDAH RM58, bukan hanya berhibur dengan persembahan penyanyi popular tanahair, malah menyumbang bagi pembangunan fasiliti buat mereka yang terbabit dalam masalah penyalahgunaan dadah mendapatkan rawatan.

Dan serendah RM58 juga, ia diharap memutikkan amal jariah agar bercambah sebagai tanda kasih masyarakat.

Itu harapan besar dinyatakan Pemangku Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun semasa mengumumkan penganjuran Konsert Kasih Pengasih 2023 yang dijadual berlangsung di Kuantan, Julai ini.

Ia yang mengampilkan gabungan Zamani Slam, Ameng Spring dan Amir Ukays, selain band rock, Iklim bersama Azmani sebagai vokalis, bertujuan mengutip dana bagi menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di Cinta Manis, Bentong.

Dikendalikan Pengasih Asia Sdn Bhd, projek yang juga menjadi kick start kepada usaha perniagaan sosial milik Persatuan Pengasih Malaysia ini sekali gus untuk mempromosi Kompleks Pengasih Cinta Manis.

“Objektif konsert ini adalah bagi mencari dana membiayai peralatan dapur, lanskap dan kelengkapan pemulihan baru Rumah Damai yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat,” katanya mengenai dana RM400,000 yang masih diperlukan.

Konsert berdurasi lebih dua jam itu dijangka menampilkan rangkaian lagu-lagu popular artis terbabit. Selain Pengasih Cawangan Pahang, ia turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, RTM Pahang dan Restoran Baina Nasi Kerabu.

Akses

  • 1 Julai 2023
  • Auditorium RTM Kuantan, Pahang
  • 8.30pm

Tiket