Bahasa Kalbu Raisa
Muzikal ekstravaganza Raisa Live in Malaysia yang membuai perasaan.

Oleh Rumi | Foto Hitman Solutions

“… terpesona oleh kebolehan Raisa berienteraksi dengan audiens secara baik sekali, ibarat seorang penglipur lara, menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikannya.”

SUNGGUH, ia suatu yang tidak pernah diduga Raisa sendiri. Penantian 12 tahun menghadiahkan kejutan manis buat penyanyi pop R&B asal Indonesia ini yang sama sekali tidak menyangka antusias yang ditunjukkan fans Malaysianya.

Raisa Live in Malaysia anjuran Hitman Solutions, baru ini memulai debar apabila sold out dalam tempoh hanya sejam sebaik penjualan tiket dimulai. Padanlah sambutan hangat hampir 2,500 fans benar mengharukannya yang diperkenalkan menerusi single Serba Salahpada 2011, memukau dengan pengkisahan di balik naskah cinta dan patah hatinya.

Penganjur, menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya,Rohit Rampal, dalam satu kenyataan, menyifatkan Raisa bukan penyanyi biasa.

“Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa,” katanya yang juga pengasas penganjur acara yang dikenali dengan kejayaan konsert Bollywood mereka.

BACA: Raisa: Live in Malaysia, 20 November

ZEPP Kuala Lumpur, lokasi bagi konsert sulung Raisa, menjadi saksi bagaimana pelantun dengan nama sebenar, Raisa Andriana, 32, ini memanah audiensnya dengan sebuah persembahan di luar jangkaan.

Diiringi pemuzik profesional, Raisa memperdengarkan sekitar 20 lagunya seperti Mantan Terindah, Kali Kedua, LDR dan Percayalah pada sebuah persembahan yang turut menerima sentuhan produksi audiovisual yang memukau.

Raisa, menurut Rohit lagi, tidak hanya memuaskan hati penggemarnya dengan persembahan live, malah “terpesona oleh kebolehan Raisa berienteraksi dengan audiens secara baik sekali, ibarat seorang penglipur lara, menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikannya.’