“Saya sedikit risau.” Kenapa Ezad Lazim begitu menjelang konsertnya di Langkawi
Tanpa band Exists, penyanyi ini mengakui memikirkannya sempat buat dia seram sejuk.
Oleh Zurina Waji
“Saya hanya nak orang enjoy, sing-along. Ini adalah sebuah persembahan dalam suasana santai, anggaplah macam kita cuti bersama. Ia akan jadi sebuah malam intimasi, suatu yang akan kita nikmati bersama,”
BUKAN satu, tapi dua malam persembahan dengan 18 lagu – daripada album solo dan bersama Exists, sudah dipersiapkan untuk Mini Showcase Jiwa & Lagu Exad Lazim di Langkawi, bermula 25 November ini.
Dan semakin menghampiri malam persembahan yang dijadual berlangsung di Aseania Resort & Spa Langkawi itu, hatinya berdebar memikirkan penerimaan audiensnya kelak memandangkan ini adalah cubaan solo pertamanya dalam skala agak besar.
“Jujur, saya berdebar juga ni,” katanya, merujuk konsert mini anjuran New Dimension SVC itu. “Bukan saja kerana ini persembahan solo saya tanpa Exists dan menggunakan band lain, pengarah muzik lain, tapi juga pertama kali di Langkawi yang setahu saya belum pernah diadakan penyanyi tempatan, sebelum ini kecuali berupa festival.
“Saya ada sedikit kerisauan sebab sudah biasa dengan (band) original tapi selepas difikirkan, saya kena melihat daripada sudut lebih besar dan beri kepercayaan kepada Pengarah Muzik, Adzrin Azhar.
“Elemen Exists masih ada, menerusi lagu-lagu yang pernah saya rakam bersama band tapi untuk persembahan solo ini gayanya diubah sikit dan akan nampak lain daripada apa yang pernah saya persembahkan.”
Kerana itu juga, dia berharap malam di Langkawi nanti tidak akan dibanding-bandingkan dengan konsertnya bersama Exists menerusi Reunion, dulu mahu pun Resolusi yang berlangsung tanpanya di Kuala Lumpur, baru ini.
Ditanya mengenai pemilihan lagu bagi malam di Langkawi, Ezad mengakui dia tidak dapat lari daripada membawa lagu-lagu Exists, apatah lagi permintaan fans yang inginkan lagu tertentu dinyanyikan.
Pelantun Hati Mati dan Mengharap Bintang ini, berkata apa yang penting baginya adalah kepuasan semaksmimum mungkin yang dapat diberikan kepada audiensnnya kelak.
“Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu Exists, antaranya kerana kebanyakannya lebih digemari selain memenuhi permintaan fans. Saya hanya nak orang enjoy, sing-along. Ini adalah sebuah persembahan dalam suasana santai, anggaplah macam kita cuti bersama.
“… agar ia melakar momen indah, kena ambil kira selera fans yang inginkan hits Exists seperti Dirantai Digelangi Rindu, Mengintai Dari Kamar, Alasanmu, Bunga selain Percayakan Siti yang lebih rancak dinyanyikan.”
“Ia akan jadi sebuah malam intimasi, suatu yang akan kita nikmati bersama,” kata anak jati Kedah ini, sambil menyeru fans dan penggemar muzik di Utara untuk mengambil kesempatan pada hujung minggu ini, bercuti sambil berhibur pada konsertnya itu.
Mood pilihan raya yang masih menguasai Negara, menurutnya adalah antara cabaran yang tidak dapat dielak, ditambah dengan pemilihan Langkawi sebagai lokasi konsert walaupun antara matlamat asalnya sebagai usaha menyokong merancakkan kembali pelancongan di pulau itu.
“Saya akui persembahan di Langkawi ini agak mencabar kerana lokasi, misalnya mungkin jadi kekangan untuk meraih minat pembeli tiket tapi Alhamdulillah kerana tanpa disangka ia mendapat respons baik, terutama dari Singapura dan Brunei,” katanya, akui terkejut tiket bagi Meet & Greet lebih dulu habis dijual.
“Secara peribadi, saya mempunyai beberapa lagu solo digemari untuk ditonjolkan tapi kerana ia harus menjadi malam yang intimasi agar ia melakar momen indah, kena ambil kira selera fans yang inginkan hits Exists seperti Dirantai Digelangi Rindu, Mengintai Dari Kamar, Alasanmu, Bunga selain Percayakan Siti yang lebih rancak dinyanyikan.”
Di bawah pengarahan Adzrin yang turut bermain keyboard, Ezad yang turut diiringi Shuk sebagai pemain gitar utama, Dedek (gitar kedua), Apen (bass) dan Meg (dram) dijangka berduet dengan pengarah muzik berbakat itu. Jom, dapatkan tiket yang masih berbaki dengan penawaran serendah RM78 di https://onlineticket.vip atau WhatsApp di hotline 01170270028. Aseania Resort & Spa sebagai penaja lokasi turut menawarkan diskaun 60 peratus bagi tempahan bilik untuk pembeli tiket konsert.
Comments are closed.