Slank Rai 4 Dekad di KL
Balas rindu penggemarnya di Malaysia lewat konsert pada 19 November ini.

Oleh RUMI

DARI lorong di Jakarta, kini merentas sempadan. Dan demi menebus kerinduan para penggemarnya, band rock Indonesia ini bakal ke Kuala Lumpur untuk Konsert 4 Dekad Slank sempena keraian 40 tahun mereka dalam dunia muzik.

Sudah tentu, audiens boleh menjangkakan sebuah persembahan yang bertenaga daripada vokalisnya, Kaka bersama Bimbim (dram), Ivanka (bass) serta pemain gitarnya, Abdee Negara dan Ridho.

Dianjurkan oleh TBRW Global Sdn Bhd, konsert dijadual berlangsung di Zepp KL.

Wan Norul Fadly yang mewakili penganjur, menyifatkan hasrat “ingin membawa sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang” tercapai dengan kesudian Slank ke Malaysia, selepas sekian lama, bertepatan dengan empat dekad keberadaan mereka dalam seni.

Diperkenalkan menerusi album Suit-suit… Hehehe (Gadis Sexy) pada 1990, Slank memiliki puluhan hits, antaranya Ku Tak Bisa, I Miss You But I Hate You dan Orkes Sakit Hati menerusi katalog daripada 24 albumnya, termasuk Vaksin Slank yang dihasilkan tahun lalu, sekali gus mengesahkan mengapa mereka relevan sampai kini.

Akses

  • 19 November 2022
  • Zepp Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • Early Bird – Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (RM198), Cat 1 (RM138), VIP (RM5,980)
  • Normal – Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (RM218), Cat 1 (RM258), VIP (RM6,180)
  • Beli di https://www.ticket2u.com.my atau hubungi 011-11289198