<i>Comeback</i> Gempak <i>The Big LOL Show 2022</i>
Jun ini, tiga malam berturut-turut, persembahan istimewa menanti peminat komedi di Zepp Kuala Lumpur.

Oleh Rumi

“Saya telah menanti selama tiga tahun untuk merasai detik ini,” – Kumar, pelawak stand-up

Joanne Kam dan Vince Chong?

Segalanya mungkin pada acara komedi gilang gemilang The Big LOL Show 2022 yang kembali dengan The Comeback, bermula 16 Jun ini di Zepp Kuala Lumpur.

Dipentaskan kali terakhir pada 2019, acara komedi tahunan yang disifatkan paling gempak ini juga bakal menampilkan bintang pentas terkenal Asia seperti Kumar, Jo Kukathas, Kuah Jenhan, Prakash Daniel dan Yazmin Aziz.

Prakash

“Saya telah menanti selama tiga tahun untuk merasai detik ini,” akui Kumar, pelawak stand-up popular Singapura mengenai acara anjuran LOL Asia bagi meraikan pembukaan semula industri kreatif di Malaysia itu.

Kembali bersama The Big LOL Show, tahun ini, dan barisan artis hebatnya, beliau menganggapnya sebagai, “Satu penghormatan besar untuk saya kerana bakal membuat persembahan bersama pelawak-pelawak serta penyanyi-penyanyi terkemuka Malaysia yang turut saya minati.”

“Juga acara komedi muzikal daripada Vince dan Yazmin, finalis Big Stage 2022 yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam persembahan teater secara langsung.” – Rizal Kamal, LOL Asia

Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal, menyifatkan barisan artis acara itu sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Merupakan persembahan komedi pertama di fasiliti bertaraf antarabangsa itu, beliau yang juga

Penerbit The Big LOL Show, menjelaskan acara itu dinamakan The Comeback, antaranya kerana dilihat bakal menjadi pentas terbesar untuk artis berkenan membuat persembahan bersama setelah Negara memasuki fasa endemik.

Joanne

“Kumar, Joanne dan Prakash sudah bersedia untuk menghiburkan kita semua dengan komedi stand-up dalam stail mereka tersendiri. Jo Kukhatas akan berganding bahu dengan Kuah Jenhan untuk membawa semula watak YBeeee daripada sketsa terkenal mereka.

“Juga acara komedi muzikal daripada Vince dan Yazmin, finalis Big Stage 2022 yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam persembahan teater secara langsung. Dan tentunya, Kumar yang kembali ke Malaysia dengan aksi lawaknya,” katanya.

Vince

Akses

  • 16, 17 & 18 Jun 2022
  • Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre
  • 8.30pm

Tiket

  • RM200 (Silver)
  • RM250 (Gold)
  • RM350 (Platinum)
  • RM3,000 (VVIP Box)

Untuk pembelian, layari lolasia.bigtix.io kecuali VVIP Box, info@wearelol.asia