<i>Silhouette</i> Warisan Lama Tonjol Keeleganan Koleksi Raya 2022 Larney
Curi tumpuan dengan 15 koleksi mewah bertema Regal Raya menerusi rekaan klasik yang dimodenkan

Oleh Rumi | Foto Koleksi Larney

“… koleksi Regal Raya membawa audiensnya meneroka silhouette warisan lama namun diberi nafas baharu.”

“Regal Raya adalah surat cinta kami untuk semua pelanggan Larney,” kata Zura Zabidi, pengasas serta pengarah kreatif Larney mengenai koleksi baharu bagi santapan fesyen Aidilfitri 2022.

Jelitawan, Fyza Kadir tampil bersama Whulandary Herman melalui kempen penuh glamour ini, sekali gus menjadi pasangan muse paling elegan buat jenama Larney yang dikenali dengan rekaan ekslusifnya.

Masih mengekalkan estetika Larney yang terkenal dengan gaya feminin, sofistikated dan mewah, koleksi Regal Raya membawa audiensnya meneroka silhouette warisan lama namun diberi nafas baharu.

Persalinan eksklusif itu  ditampilkan menerusi 15 rekaan, daripada santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden yang sinonim dengan jenama ini.

“Kami juga mengolah beberapa rekaan kegemaran ramai dari tahun-tahun sebelum ini seperti Lockdown Kurung, Reborn Kurung Riau dan Rebirth Kaftan, dan memberikannya nafas baharu.

“Tahun ini juga, Larney memperkenalkan buat pertama kali rekaan pleats untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi atau high neck abaya,” menurutnya lagi.

“Daripada kualiti jahitan, kemasan yang mewah sehinggalah pemilihan fabrik, Regal Raya sememangnya surat cinta kami.”

FASHION ROYALTY DI MINDA

Regal Raya dilahirkan dengan meneruskan mesej optimis yang disampaikan, sebelum ini namun lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri, bersesuaian dengan situasi pasca pandemik dunia.

Penggunaan pelbagai fabrik daripada sutera satin, exquisite neat pleats, kain kapas sehinggalah kain crepe, bercorak eksklusif serta sulaman premium dari seluruh dunia yang dipilih sendiri oleh Zura, turut menjelaskan mengapa koleksi ini diyakini akan diterima baik oleh wanita.

Bukan hanya pelanggan sedia ada, malah berupaya menarik peminat-peminat generasi baharu berikutan rekaannya yang menarik serta mesej positif yang disampaikan, selain helaian-helaian dari koleksi ini yang sememangnya dilahirkan dengan idea seorang fashion royalty di minda.

“Daripada kualiti jahitan, kemasan yang mewah sehinggalah pemilihan fabrik, Regal Raya sememangnya surat cinta kami. Sebagai jenama yang amat mengutamakan kepuasan pemakai, kami berikan hanya yang terbaik untuk mereka.

“Regal ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar – dari segi luaran dan dalaman. Gaya yang anggun, rapi dan hebat jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi pasti menaikkan seri, dan dengan persalinan Regal Raya daripada Larney di Aidilfitri ini, saya pasti siapa sahaja akan terpesona,” tambah Zura, yakin.

INFO

  • 15 koleksi Regal Raya, berharga antara RM199 sehingga RM689 sepasang
  • Rekaan boleh dilihat di www.larney.com.my
  • Bagi pengalaman lebih intim, sila ke showroom Larney di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall.