Vitamunity dan Vitarepair, Pra-pek Suplemen Harian Inovatif MyVitalab
Usaha menggalak pengambilan suplemen asas, setiap hari dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai amalan norma baru bagi membendung pandemik Covid-19.

Oleh Rumi

“Kami telah memilih setiap suplemen dengan teliti, jadi anda tidak perlu risau tentang suplemen mana paling sesuai diambil secara bersama bagi mencapai objektif kesihatan tertentu.”

Seiring motivasi MyVitalab untuk menggalakkan pengambilan suplemen, pra-pek suplemen harian lengkap Vitamunity dan Vitrarepair dilancarkan, baru ini bagi mencapai objektif kesihatan yang spesifik serta mempermudahkan proses pengambilan suplemen melalui penggunaan teknologi.

Ia adalah antara dua daripada empat produk terbaru MyVitalab, membabitkan pra-pek suplemen kesihatan lengkap yang dihasilkan menerusi gabungan teknologi dan sistem pembungkusan suplemen yang inovatif bagi memenuhi dua kategori kesihatan yang berlainan.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MyVitalab, Nabiha Aimi, halangan terhadap gaya hidup sihat menuntut satu cara inovatif bagi pengambilan suplemen diperkenalkan untuk membantu masyarakat mendapatkan nutrisi lengkap.

Nabiha Aimi

“MyVitalab memperkenalkan pra-pek suplemen harian lengkap untuk memudahkan pengambilan suplemen, justeru mencapai kadar nutrisi yang betul serta meningkatkan lagi kesihatan badan,” katanya yang juga merupakan pengasas MyVitalab.

“Setiap kotak mengandungi paket suplemen yang siap sedia dipaketkan untuk penggunaan selama 30 hari. Kami telah memilih setiap suplemen dengan teliti, jadi anda tidak perlu risau tentang suplemen mana paling sesuai diambil secara bersama bagi mencapai objektif kesihatan tertentu.”

Pengguna, kata Nabiha, hanya perlu membuka paket sedia ada di dalam pek untuk pengambilan suplemen yang tepat, setiap hari dan ia juga mudah dibawa ke mana-mana.

… memperkenalkan servis yang lebih personal bagi suplemen dengan gabungan suplemen khas yang memenuhi keperluan kesihatan tepat untuk setiap pengguna berdasarkan rekod kesihatan mereka.

Idea ini, menurut siaran medianya, telah dibangunkan seawal 2020 dengan merangka rancangan untuk melancarkan empat jenis pek kesihatan, setiap satu dengan objektif kesihatan yang spesifik. Disebabkan situasi semasa, Vitamunity dan Vitarepair dilancarkan dulu memandangkan sistem imuniti yang kuat dan pemulihan otot sangat penting untuk membendung pandemik Covid-19 serta menyokong aktiviti aktif yang semakin banyak dilakukan setelah kawalan pergerakan berakhir.

Vitamunity, misalnya mengandungi formulasi asas seperti Vitamin C dengan Zinc+, Grape Seed dan D3 1000IU yang menurut Ketua Pakar Nutrisi, Koay Suat Ling, “diperbuat menggunakan bahan yang mengandungi nutrisi serta elemen bioavailable berkualiti tinggi. Proses kajian dan pembangunan R&D memakan masa lama, termasuk proses pemilihan suplemen mana yang patut dipek bersama.”

Koay Suat Ling

Jelas Nabiha lagi, selain pelancaran dua lagi pra-pek suplemen kesihatan harian pada suku pertama 2020, MyVitalab juga bakal memperkenalkan servis yang lebih personal bagi suplemen dengan gabungan suplemen khas yang memenuhi keperluan kesihatan tepat untuk setiap pengguna berdasarkan rekod kesihatan mereka.

“Dengan memanfaatkan teknologi, kami akan mengeluarkan sistem peringatan yang akan menjangka secara proaktif apabila suplemen anda semakin kurang dan perlu diganti,” tambahnya.

Info

  • Vitamin C dengan Zinc+ – suplemen asas kekalkan fungsi imuniti yang sihat melalui pencegahan dan pengurangan tempoh jangkitan serta menyokong fungsi optimum sel darah putih.
  • Grape Seed – sumber antioksidan, amat berkesan merawat stress oksidatif, inflamasi dan kerosakan tisu disebabkan penyakit kronik, selain menyokong kesihatan kulit agar lebih segar, bermaya.
  • Grape Seed – sumber antioksidan, amat berkesan merawat stress oksidatif, inflamasi dan kerosakan tisu disebabkan penyakit kronik, selain menyokong kesihatan kulit agar lebih segar, bermaya.
  • Vitamin D – membantu dan menyokong tindakbalas sistem imunisasi terhadap agen bakterial dan viral melalui aktiviti tindakbalas imuniti.