Rekaan Feminin, Sofistikated Raya 2021 LARNEY Sarat Mesej Optimis
Jelitawan, Deborah Henry dan Fyza Kadir sinari kempen Aidilfitri Into the Light by LARNEY yang penuh glamor.

Oleh Rumi    |    Foto Koleksi Larney

“Mesej positif menerusi rekaan yang menggunakan fabrik daripada sutera satin, kain kapas sehinggalah kain renda serta sulaman… “

Lockdown 2.0 Kurung?

Biar harus mengadaptasi pada norma baru, ini cara LARNEY yang menemui jalan lewat fesyen dalam kempen keraian Aidilfitri yang sarat dengan mesej optimis untuk masa hadapan yang lebih bersinar.

Situasi semasa sebaliknya menyerlahkan kreativiti LARNEY menerusi koleksi Raya 2021 yang membawa mesej positif yang antara lain, menekankan perlunya untuk terus menyokong antara satu sama lain dalam menempuhi kegelapan.

Mesej positif menerusi rekaan yang menggunakan fabrik daripada sutera satin, kain kapas sehinggalah kain renda serta sulaman diyakini akan diterima baik oleh golongan wanita, selain menarik peminat baru jenama ini.

“Di kala kita mula melalui sinar harapan, adalah amat penting untuk kita terus mengekalkan sifat positif yang membawa kita semua ke sini. Ini adalah amat bertepatan dengan semangat Ramadan dan Syawal yang bakal dilalui.

“Tiada salahnya untuk kita kelihatan hebat dengan persalinan LARNEY dalam kita sibuk menempuh pelbagai dugaan dan hari-hari cerah yang mendatang,” kata Zura, menerusi satu kenyataan media.

“… menarik bagaimana setiap rekaan juga diberikan nama penuh berinspirasi, daripada Rebirth Caftan ke Recreate Kurung Kedah dan Relive Lace Kebaya, selain Revamp Puffed Kurung.”

Suntikan glamor menyelinapi kempen yang menampilkan wajah Deborah Henry, bekas Ratu Cantik dan Fyza Kadir yang tidak asing dalam dunia fesyen, menerusi 20 rekaan baharu yang digelar Into the Light by LARNEY itu.

Dibahagi kepada dua segmen, Into the Light by LARNEY membabitkan satu, rekaan baru dengan siluet segar, manakala kedua, rekaan popular yang dibawakan semula dengan warna-warna baru seperti Lockdown Kurung yang kini diberi nafas baru dan dinamakan sebagai Lockdown 2.0 Kurung.

Tidak hanya mengekalkan gaya feminin dan sofistikated yang menjadi estetika LARNEY, menarik bagaimana setiap rekaan juga diberikan nama penuh berinspirasi, daripada Rebirth Caftan ke Recreate Kurung Kedah dan Relive Lace Kebaya, selain Revamp Puffed Kurung.

“Pelanggan,” kata Zura lagi, “boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden seperti tulle mini kurung yang bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini.”

Malah semangat keseluruhan koleksi dapat digambarkan menerusi gandingan Deborah dan Fyza yang disifatkan sebagai “bukan saja versatil, malah berkeyakinan tinggi dan berjaya mengimbangi kerjaya serta peribadi dengan begitu baik.”   

“Saya sendiri amat mengagumi mereka dalam menempuhi cabaran hidup, justeru saya menganggap pemilihan mereka amat bertepatan sekali untuk mewakili jiwa koleksi Into the Light by LARNEY,” tambahnya.

Info

  • 20 rekaan Raya 2021
  • Harga antara RM379 – RM689 sepasang
  • Layari www.larney.com.my untuk lihat koleksi, atau
  • ke galeri LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall yang akan dilancarkan pada 28 April ini