Ayu by Tarik, Surat Cinta Tarik Jeans Untuk Para Wanita
Visual, muzik dan elemen ranggi dominasi pertunjukkan fesyen Ayu by Tarik di KLFW 2019

Oleh Rumi Stail    |    Foto Tarik Jeans

SEMANGAT Rock n Roll mencetus bara pada koleksi Ayu by Tarik sebagai manifestasi Tarik Jeans dalam menjunjung pesona para wanitayang dipertontonkan, buat julung kalinya, di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 lalu.

Ayu by Tarik adalah surat cinta kami buat semua peminat Tarik Jeans, terutamanya golongan wanita yang begitu setia dengan kami selama ini,” menurut Mimi Lee, pereka visyen wanita untuk Tarik Jeans, menerusi kenyataan medianya.

Dipersembahkan sebagai hero koleksi dengan 20 look, termasuk dua look yang diambil daripada koleksi kapsul Tarik ASAS dan terbaru, Selaseh, pembabitan dalam KLFW 2019 adalah susulan previu yang dibuat, tahun lalu.

“Sudah tentulah ia penuh beremosi – ada rekaan yang bercirikan romantis, melankoli dan agresif  tanpa meminggirkan semangat jenama ini iaitu Rock n Roll.

Ayu by Tarik juga amat berbangga kerana telah dipilih oleh KLFW dan United Nations Technology Innovation Lab (UNTIL) sebagai salah satu jenama yang diberi penghormatan bagi menampilkan koleksi bercirikan kelestarian pada tahun ini.”

Diinspirasi daripada  ayam selaseh hitam, koleksi kapsul Selaseh dikeluarkan dengan jaket denim dan jeans hitam dengan potongan slim dan straight yang dilengkapi dengan kolaborasi di antara Ayu by Tarik dan model popular Malaysia, Tinie. Dapatkan koleksi Selaseh dan Ayu x Tinie menerusi laman sesawang Tarik Jeans, www.tarik.my