Semarakkan Aidilfitri Ala Converse Malaysia x Monkiddo!
Lewat koleksi edisi khas menerusi kempen raya yang merayakan kreativiti dan budaya.

Oleh RUMI | Foto Converse

“… kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo itu yang bertujuan menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan seni dan gaya yang unik, mempamerkan warisan budaya yang kaya dan kreativiti moden Malaysia.”

SIAP untuk berHari Raya dengan Converse?

Jenama dalam kreativiti dan ekspresi diri itu mengajak para penggemarnya untuk merayakan semangat perayaan menerusi kolaborasi terbarunya dengan Monkiddo, satu jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan penuh warna dan imaginatif.

Raya ini menyaksikan satu koleksi edisi khas dilancarkan, merangkumi filter AR eksklusif di laman media sosial Instagram, acara eksklusif, dan pemasangan interaktif yang mengajak para penggemar untuk menyelami dunia Monkiddo.

Pemasangan itu tersedia di stor Converse terpilih dan dalam talian, menawarkan cara unik untuk merayakan Raya dengan bergaya.

Koleksi ini juga dilebarkan dengan penghasilan sampul Raya edisi terhad Converse Malaysia x Monkiddo, selain kad ucapan menerusi rekaan sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, menawarkan pandangan segar dan kontemporari terhadap motif Raya tradisional.

Ia sesuai pengumuman Converse, baru ini mengenai kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo itu yang bertujuan menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan seni dan gaya yang unik, mempamerkan warisan budaya yang kaya dan kreativiti moden Malaysia.

“Kami teruja bekerjasama dengan Monkiddo bagi kempen Raya ini,” kata wakil Converse Malaysia menerusi kenyataan medianya. “Seni unik mereka dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami.”

Monkiddo, jenama ilustrasi ciptaan Lim Jayee itu telah menawan hati peminat seni dengan ilustrasi monster fantasi dan naratif yang menarik. Kolaborasi jenama itu dengan nama-nama terkenal seperti Rhinoshield, Atmos, dan Kejap Food telah mengukuhkan reputasinya sebagai perintis dalam menggabungkan budaya tempatan dengan daya tarikan global.

“Bekerjasama dengan Converse Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Jayee. “Ini peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami di platfrom global dan merayakan kepelbagaian budaya Malaysia sempena Raya.”

Jadi, sertailah Converse Malaysia dan Monkiddo dalam perayaan kreativiti, budaya dan komuniti ini, dan jadikan sambutan Aidilftri lebih unik dengan menjadi sebahagian daripada kolaborasi menarik ini.