Gaya 70an, 90an Warnai Nusa Fest 2023
Tak hanya muzik, keraian festval dihidupkan dengan penampilan pengunjung yang pelbagai citarasa.

Oleh Fauzi Hamid

DOC Mart dan batik sarung, juga retro sampai ke inspirasi punk dan mohawk, gaya anak muda ke Nusa Fest 2023, baru ini nyata menjadi rencah yang menambah kemeriahan keraian seni dan muzik ini.

Kejutan diberikan festival dengan tiga band legenda sebagai headliners, Search dan Wings pada malam pertama sebelum Butterfingers menjadi penutup malam kedua. Dibawakan oleh Shiraz Projects, ia turut mempertemukan penggemar Kugiran Masdo, Budak Nakal Hujung Simpang dan Iqbal M, antara 24 band dan pemuzik tempatan, selain dari Indonesia dan Singapura yang terbabit.

Dari muzik rock, metal, hardcore ke puitis, Efek Rumah Kaca, Fourtwnty, Diskoria dan Pusakata juga antara pemuzik Indonesia yang turut meniti di banyak bibir pengunjung di festival yang julung kali diadakan ini dan berhasil meraih kedatangan 13,000 orang sepanjang ia berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur.

Ini antara gaya pengunjung Nusa Fest 2023 yang sempat dipotrert Rumi Explorer.

Alif dan Milan, penggemar Fourtwnty dan Efek Rumah Kaca.
Okay je sarung batik. Nadia, 21, dan Shahmi, 21, sama meminati Fourtwnty.
Gaya kasual Nissa, 22, (tengah), Aniez, 22, dan Jai, 21.
Santai Anies, 22, yang datang untuk Fourtwnty dan Aqra, 23, fan Diskoria.
Sama padan, Daniel, 22 dan Ryn, 20.
Aqmar, 20, fan Iqbal M dan Budak Nakal Tepi Simpang, dan Nisa, 24, hadir untuk Fourtwnty
Zieyad, Zaquan dan Omar, 19, yang sama meminati Fourtwnty, bersama teman, Diana, 20.
Gaya tersendiri Peakay Farhan, 34, daripada Force Park Bois
Dari Sandakan, Asruhil, 27, demi The Changcuters