Kala Cinta Lama Hadir Semula Dalam Hidup Shaheizy Sam
Tak tahan godaan Syoklat! SyokoTube, aktor ini akui penyebabnya mahu fokus pada bisnes coklat
Oleh Rumi
Sebagai penggemar coklat, bintang Polis Evo ini yakin dapat membawa jenama SyokoTube by Syoklat! ini lebih jauh.
COKLAT dan Shaheizy Sam bukan cuma cerita biasa-biasa, namun mengingatkannya pada kenangan indah kala dia membesar.
Demi kemanisan kenangan yang terpahat, apatah lagi melihat dua anaknya juga menggilai coklat sebagaimana dia dulu, fokusnya kini berkalih kepada usaha membina bisnes ini bersama Syoklat! SyokoTube.
Sebagai penggemar coklat, bintang Polis Evo ini yakin dapat membawa jenama SyokoTube by Syoklat! ini lebih jauh.
“Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah-buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan bagi pelbagai jenis makanan,” katanya.
“Saya juga pernah ke luar negara dan mendapati coklat yang sama saya makan ketika membesar ada dijual. Jadi, saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walau di mana saja, disukai pelbagai peringkat usia.”
Kebetulan dia memperlahankan rentaknya dalam bidang seni sejak 2015, ia memberinya ruang untuk fokus kepada bisnes baharunya ini.
“Saya ingin fokus terhadap bisnes ini dan dalam masa yang sama menjadi lebih selektif apabila memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai,” kata Sam mengenai dorongannya untuk membangunkan Syoklat! yang bertapak sejak Oktober tahun lalu.
Potensi Syoklat! juga dilihat bakal memanfaatkan usahawan untuk bersama menjana ekonomi.
Syoklat! yang kini dalam misi mempersembahkan mutu produk premium boleh didapati dalam beberapa perisa dengan Strawberi, Mangga dan Pisang merupakan pilihan popular dalam kalangan penggemarnya.
Untuk info lanjut, sila ke IG @syokolatofficial dan gunakan tanda pagar #justpicIT
Comments are closed.