Layar Ibrah Samudera, Pengisian Rohani dan Ilmu Jemput Rezeki
CIPTA pengalaman luar biasa lewat percutian ilmiah dengan pakej pelayaran menaiki kapal mewah Genting Dream Cruises yang menyelusuri laluan Singapura-Langkawi-Phuket-Singapura selama empat hari, bermula April ini.
Rasai nikmat berkelana, melihat keagungan Yang Maha Esa kala membelah lautan untuk program oleh Ustaz Zul Ramli yang merupakan penceramah bebas terkenal menerusi beberapa sesi bimbingan yang menjurus kepada aspek kerohanian.
Program juga akan dimantapkan dengan kehadiran personaliti TV, Mohamad Azlan Al Amin, buat julung kalinya!
Dan tentunya, motivasi lewat perkongsian pengalaman secara peribadi anak jati Terengganu ini yang membangunkan empayar bisnesnya, daripada hartanah, pembinaan malah perladangan serta menjadi ikon pada usia muda.
Berikut adalah antara perkongsian oleh Mohamad Azlan:
- Mengemas kembali konsep dan pemahaman terhadap rezeki
- “Menjemput Rezeki vs Mencari Rezeki”
- Meningkatkan daya ketahanan dalam berjuang sebagai seorang usahawan
- Menghilangkan perkataan “putus asa” dalam kamus kehidupan
ITINARI
Hari 1
Singapura
Dari Terminal Udara KL Sentral, menaiki bas ke Marina Bay Cruise Center, Singapura (MBCC). Sebaik tiba, daftar untuk menaiki Genting Dream Cruises. Makan tengah hari di dalam kapal, diikuti acara bebas.
Selesai makan malam, acara santai sebelum Sesi Taklimat Pengenalan serta Ta’aruf dan Doa oleh Ustaz Zul Ramli dan Mohamad Azlan.**8.30pm: Pertunjukkan istimewa di kapal.
“… Pantai Cenang juga menawarkan pemandangan indah matahari terbenam sambil santai, antaranya di Huggin Hippo Langkawi dengan kopi premium mereka.”
Hari 2
Langkawi, Malaysia
Qiyamulail dan solat Subuh berjemaah, diikuti Kuliah. Sarapan bermula jam 7 pagi, diikuti acara bebas sehingga makan tengah hari yang dibuka pada jam 12 tengah hari, sambil belayar dari Singapura menuju Langkawi.
Jam 4.30 petang berkumpul untuk acara bebas di Langkawi dan rakamkan kenangan di Dataran Lang, antaranya. Atau, ke Pantai Cenang yang menempatkan tarikan popular seperti Underwater World Langkawi, akuarium terbesar Malaysia dan Laman Padi dengan galeri dan sawahnya yang terbentang luas.
Selain kompleks bebas cukai dan deretan kedai untuk mendapatkan cenderahati, Pantai Cenang juga menawarkan pemandangan indah matahari terbenam sambil santai, antaranya di Huggin Hippo Langkawi dengan kopi premium mereka.
Makan malam? Orkid Ria Restaurant, antara yang menawarkan pilihan makanan laut segar. Pilihan lain, antaranya Yasmin Restaurant yang terkenal dengan menu Mediterranean dan Timur Tengah, atau ke Arang BBQ & Grill Langkawi untuk hidangan dipanggang. Kembali semula ke kapal sebelum jam 9 malam.
Hari 3
Phuket, Thailand
Sarapan jam 7 pagi, sebelum bersedia untuk menyertai Phuket Tour. Menghadap Laut Andaman, Phuket merupakan pulau terbesar di Thailand. Keindahan Phang Nga Bay dengan 40 pulau kecilnya antara tarikan utama Phuket selain pusat perlindungan haiwan seperti Phuket Elephant Sanctuary.
Pagi di pantai pasir putih seperti di Kata Noi antara yang tidak boleh dilepaskan, atau anda boleh juga melihat keindahan Phuket di Karon View Point. Jom ke pantai Surin untuk pengalaman berbeza yang menempatkan pelbagai resort dan rumah mewah milik selebriti dan figura.
Phuket yang turut didiami penduduk Islam dengan tidak kurang 50 masjid menawarkan restoran halal dengan sebahagiannya di Patong Beach, seperti Kusuma Halal Thai Seafood dan Cairo Restaurant dengan menu Mesir dan Thai, selain restoran terapung Bang Mud Seafood di Coconut Island.
Kembali ke kapal sebelum jam 1 petang dan nikmati fasiliti sepuasnya sebelum makan malam, diikuti pertunjukkan bunga api.
** Makan tengah hari disediakan untuk mereka yang tidak turun ke Phuket.
Hari 4
Pantai Semenanjung / Singapura
Selepas sarapan, rehat seketika sebelum bermula Forum Perdana bersama Ustaz Zul Ramli dan Mohamad Azlan Al Amin selama dua jam. Selesai makan tengah hari, acara bebas dan manfaatkan hari terakhir dengan menikmati fasiliti disediakan Genting Dream Cruise.
Jam 5 petang, kapal dijangka berlabuh di Singapura dan bersedia untuk menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur.