Shopping, Bandung! Pakej Pra-Lebaran Bersama Si Hos TV jelita, Anim Ezati
Pakej “Shopping Raya” Bandung Bersama Anim

Info 019-3605287 atau emel ke [email protected]

* Pakej bagi seorang merangkumi penerbangan, vila atau hotel setaraf, sarapan, pengangkutan sepanjang kembara, pemandu pelancong, tiket masuk ke Floating Market, Farm House, Glamping Lake

Nota: Harga penerbangan tertakluk pada caj semasa

BENAR, memang sakan jadinya kalau dapat shopping di Bandung. Sebab itu, bukan saja-saja pula apabila kota di Jawa Barat, Indonesia itu turut digelar sebagai syurga beli-belah, terutama pilihan fabriknya daripada kain kapas Jepun ke semewah-mewah renda Perancis.

Juga, batik Garut yang sememangnya dikenali dengan coraknya yang tampil ringkas dan lebih moden.

Cuma kalau pun sudah biasa berjalan di Bandung, mengapa tidak tunaikan keinginan untuk membeli-belah itu dan jadikan persiapan sempena sambutan Lebaran yang akan datang ini lebih istimewa dengan ditemani personaliti TV, Anim Ezati Rizki pula?

Puas menonton hos jelita itu di TV, jom cipta kenangan beli-belah bersama empunya namanya sendiri. Ini peluang, bukan saja untuk beramah mesra dengan beliau, malah dapatkan bermacam tips untuk tampil menarik di Lebaran bak selebriti!

Jom! Kita shopping untuk Lebaran sambil menikmati keindahan kota Bandung bersama Anim Ezati Rizki.

Berikut, jadual pakej “Shopping Raya” Bandung Bersama Anim:

Hari 1
Kuala Lumpur  –  Bandung

Sebaik selesai urusan mendaftar masuk ke penginapan, ayuh ke Pasar Baru dan rasai kemewahan fabrik di lokasi beli- belah terkemuka ini. Variati fabrik, daripada jenis kapas bermutu ke linen, sutera malah renda mewah Perancis yang bakal menambah seri di Lebaran.

Petang, sementara menanti masa untuk makan malam, jom ke Factory Outlet dengan pelbagai pilihan pakaian kasual dan formal yang lebih moden.

Hari 2
The Lodge Maribaya

Must-go untuk Instagrammer!” Begitu, banyaknya ulasan mengenai The Lodge Maribaya, antara tarikan di kota Bandung yang terletak pada ketinggian 1000m dari paras laut. Dikelilingi hutan pine, keindahan alam di Maribaya yang berlatar daerah pergunungan memang mempesona dengan cuaca dinginnya.

Belon panas, bukan untuk terbang, dipamer khusus buat anda berfoto! Juga spot foto lainnya sepertimana ayunan Sky Swing dan Bamboo Sky yang berupa menara daripada buluh selain platform di Sky Tree yang dipasang pada pohon besar.

Ke mana saja pun lensa dihalakan, Maribaya yang juga merupakan lokasi glam camping dan trekking ini memberi kepuasan maksimal dengan latar pelbagai kegiatan lasak selain pilihan kulinari Sunda di Dapur Hawu atau The Pines Café untuk hidangan Barat.

Biar sekadar menghirup angin segar, cukup untuk melepaskan lelah di Maribaya selepas seharian shopping.

Gambar dari www.thelodgemaribaya.com

Farm House Lembang

Ya, anda tidak silap dengar. Bagi penggemar filem Lord of the Ring, perkampungan Hobbit yang terkenal di New Zealand itu kini dibawakan Farm House Lembang yang merupakan satu lagi tarikan paling baru di Bandung.

Berlatar suasana Eropah,ia dilengkapi senibina menarik untuk spot fotografi anda sambil pose dalam persalinan tradisi masyarakatnya.

Sesuai sebagai daerah pergunungan, ada taman bunga untuk dikunjungi selain petting zoo dan jangan hairan kalau suasana romantis di sini mendorong anda bersama meluahkan cinta di jambatan cinta yang diinspirasi dari Eropah.

Hari 3
Kawah Putih

Ingat lagi filem Heart lakonan Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir? Romantis, bukan.

Kawah Putih terletak di Cidiwey, kira-kira 50km ke selatan kota Bandung. Selain dikunjungi untuk keindahan alamnya, ia ada spot menarik untuk berswafoto yang romantis dalam suasana dingin. Dibentuk hasil letusan Gunung Patuha, air putih kehijauan di tengah kawahnya menambah keindahan selain pasir putih bercampur belerang yang menjadi tarikan.

Gambar dari www.indonesia.travel

Dusun Bambu

Buluh di mana-mana! Tak jauh dari pusat kota Lembang, taman rekreasi dengan kombinasi alam dan budaya tradisional Sunda ini menyambut kedatangan dengan keindahan sawahnya sebelum disaji dengan pilihan kulinari di restoran unik seperti di Restoran Purbasari yang berdekatan tasik kecil.

Lutung Kasarung berupa tempat makan dalam bentuk sarang burung antara spot digemari di Dusun Bambu yang turut menyediakan kemudahan lain seperti tapak glamping, selain vila indah. Jika puas mencicip pilihan di Pasar Khatulistiwa, sungai kecil di tengah Taman Arimbi pasti mendamaikan atau boleh juga menaiki perahu merentasi tasik dan berjalan menyusuri sawah.

Gambar dari www.dusunbambu.id

Kain Pesona

Cukup bermain dengan alam, kembali pada matlamat asal untuk mendapatkan persalinan indah di Lebaran dengan pelbagai pilihan kain bersulam pula. Tidak tahu mana satu hendak dipilih, mungkin perkongsian tips daripada Anim Ezati dapat membantu.

Pelbagai jenis fabrik dan sulaman buat pilihan, selain variasi telekung pada harga hebat tidak harus dilepaskan.

Floating Market Bandung

Biar tidak sevintaj Damnoen Saduak di Thailand, ini antara tarikan di Lembang yang penuh vibrasi. Juga digelar Pasar Apung Lembang, inspirasi pasar terapung terkenal Thailand itu dilihat pada konsep jualan daripada bot-bot kecil di tengah Danau Situ Umar.

Dari restoran chic ke Kampung Leuit yang berupa replika perkampungan Indonesia, keunikan pasarnya ditambah dengan pelbagai pilihan kulinari serta oleh-oleh dan tentunya, spot digemari untuk berswafoto atau wefie.

Hari 4
Bandung  –  Kuala Lumpur

Kota Bandung dan pisang bollen? Shopping snek sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, biar tak kempunanlah, kata orang!

Sebab itu, memang tak lengkap kembara ke Bandung kalau tidak ke Kartika Sari, iaitu toko snek terkemuka untuk pelbagai pilihan daripada Pisang Bollen – Keju Spesial, Brownies Panggang atau Lapis Legit Prunes, antaranya.