5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Huawei nova 5T
Elegan dengan rona vibran, serlahkan jiwa muda mu dengan telefon pintar terbaharu ini

Oleh Rumi Stail    |    Foto Nova

DARI runway Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 ke pentas berprestij dalam acara gilang gemilang di Plenary Hall, Kuala Lumpur, nova 5T diperkenalkan kepada dunia dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai hos bagi meraikan kehadiran gajet terbaharu ini yang memperkukuhkan lagi jenama Huawei sebagai antara peneraju dalam dunia teknologi yang menjadi kegilaan kini.

Jom semak 5 Sebab kenapa anda wajib memiliki nova 5T:

Tiga rona vibran serlahkan jiwa muda mu
  • Disifatkan pilihan rona luar biasa oleh Timbalan Pengarah, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Matthew Ng  pada pelancarannya, Midsummer Purple menghidupkan lagi jiwa muda mu yang direka bersama logo monogram kaca yang baharu di bahagian belakangnya. Juga didapati dalam rona metalik Crush Blue dan Hitam yang klasik
Swafoto yang buat orang sebelah sentap!
  • Dilengkapi kamera Pro Grade dengan 5 teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk bagi swafoto dengan resolusi 32 megapiksel (MP) yang memberi kejelasan berganda pada imej bercahaya rendah, penuh atau panorama. Ia juga menampilkan kamera utama dengan resolusi 48MP Quad AI, juga 16MP (ultra wide), 2MP (makro) dan 2MP (depth), selain ciri AIS Super Night Mode untuk pengalaman bergambar yang menyeronokkan
Bebas gangguan untuk gamers
  • Kuasa GPU Turbo yang dimiliki telefon pintar ini diberitakan sesuai untuk anda, para gamers. Ia dikatakan berupaya menjimatkan penggunaan bateri, selain mempunyai visual yang bermutu. Perjalanan permainan anda dijamin lancar dengan mode tidak diganggu semasa anda bermain.
Tiada lagi hari low batt
  • Ucap Bye! Bye! pada hayat bateri yang singkat. Model ini menggunakan bateri berkapasiti 3,750mAh dan menyokong fungsi pengecasan pantas SuperCharge 22.5W. Ini bermakna, anda menjimatkan masa pengecasan dengan capaian kadar sehingga 50 peratus dalam masa hanya 30 minit!
Bergaya, memukau dengan teknologi berkelas dunia pada harga gila!
  • Bergaya dan memukau, daripada teknologi terkini ke pilihan rona yang menambah rasa keeleganan untuk pemiliknya, telefon pintar ini boleh didapatkan pada harga hebat RM1,599 sahaja apabila ia memasuki pasaran mulai 7 September ini.