Jogja: Kembara Santai Lensa bersama Nazri Sulaiman

Foto Nazri Sulaiman

Bagaimana pembidik gambar Syukor Khamis si “Kampung Boy” dan kerbaunya lewat Sharing Emotion ini membikin dunia terpaling? Tidak punya kamera, telefon bimbit pun onz je. Jom sertai fotografer berkelas dunia ini ke Yogyakarta, Ogos ini, menyelusuri seni fotografi.
  • Hubungi 019-360 5287

JUJUR sajalah, apa yang boleh anda lakukan dalam masa 20 saat?

Bagi Nazri Sulaiman, ia sudah cukup untuk mencipta momen magis yang menghasilkan gambar yang digelar Sharing Emotion itu sehingga dinobat sebagai antara terbaik dunia.

Soalnya, bagaimana fotografer self-taught ini melakukannya?

“Dan apabila kita ambil dengan jiwa, gambar pun ada jiwa. Hidup,” katanya, dalam satu temubual bersama Rumi Explorer, tidak lama dulu selepas foto Syukor dan kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, di Kampung Bujuk, Kuala Terengganu dinobat antara 20 terbaik di anugerah berprestij Siena International Photography Awards 2018 dalam kategori Remarkable Award in Fascinating Faces and Characters.

Nazri Sulaiman

Fotografi sebagai kerja seni, katanya menterjemahkan hasil bidikan sebagai rungkaian terhadap kehalusan jiwa tukang gambar yang bersandarkan, antaranya pada keupayaan dalam seni melihat dan bicara komposisi.

“Sama ada anda ingin menceburi bidang fotografi atau sekadar hobi, tidak kiralah sama ada anda menggunakan kamera atau hanya berbekalkan telefon bimbit… ”

“Seni melihat, di mana kita melatih mata untuk jadi kreatif,” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini. ”Biarpun lopak, air yang kotor tetap boleh menghasilkan seni.  Jadi, apa pun subjek kita, cara melihat itulah yang akan memberi makna dalam penghasilannya.

“Sedang komposisi, berbicara soal menyusun atur gambar dan bermain dengan latar belakang. Di era ini, tanpa kamera canggih pun, asalkan kita tahu soal komposisi, walaupun menggunakan telefon bimbit sudah dapat menghasilkan gambar yang menarik.”

Ogos ini, Yogyakarta atau biasa disebut Jogja, kota di Jawa Tengah yang kaya dengan keunikan seni dan budayanya menjadi destinasi Nazri untuk perkongsian seni melihat dan bicara komposisi, anjuran My Altitute 30 Travel and Tours.

Jogja: Kembara Santai Lensa dalam Eksplorasi Seni dan Budaya bersama Nazri Sulaiman bagi meneroka keindahan Hutan Pinus Mangunan ke Gunung Merapi, selain menyelami keunikan Jalan Malioboro, dibuka kepada peminat fotografi dan kembara, tanpa mengira usia – sama ada memiliki kamera atau cuma berbekalkan telefon bimbit,  selain kesediaan untuk belajar.

“Sungguh pun anda mungkin hanya berkarya di Instagram, misalnya tapi pengaruh dan keupayaan media sosial di era tanpa sempadan ini cukup besar… ”

“Sama ada anda ingin menceburi bidang fotografi atau sekadar hobi, tidak kiralah sama ada anda menggunakan kamera atau hanya berbekalkan telefon bimbit, sertai saya ke Jogja untuk kembara yang bakal menginspirasi anda, cara anda melihat dan  apresiasi anda di dalam seni fotografi,” katanya.

Nazri, seorang lulusan Kejuruteraan, berkongsi  pandangan bahawa setiap gambar perlu ada penceritaan.

“Sungguh pun anda mungkin hanya berkarya di Instagram, misalnya tapi pengaruh dan keupayaan media sosial di era tanpa sempadan ini cukup besar, sekaligus membuka ruang untuk anda mencorakkan perspektif atau penerokaan baharu yang tidak diduga.

”Saya sendiri malah teruja untuk ke Jogja kerana keunikan kotanya yang tidak pernah gagal memberi kenangan indah dan Ogos ini, saya ingin mengajak anda berkongsi pengalaman ini. Siapa tahu, mungkin satu hari, kembara ini akan membuka lembaran baharu dalam eksplorasi yang tidak pernah anda impikan,” katanya.

  • Hubungi 019-360 5287
ITINARI
Hari 1
SANTAI BERSAMA NAZRI SULAIMAN

Berkumpul di KLIA, menaiki penerbangan ke Jogja. Tiba di Lapangan Terbang Adisucipto, dibawa ke hotel untuk bersarapan sebelum sesi Sembang Santai bersama Nazri Sulaiman. Check-in hotel, diikuti makan tengah hari dan berehat.

Eksplorasi seni dan budaya bermula petang nanti lewat Santai Street Photography di Jalan Malioboro yang merupakan lokasi beli-belah Yogyakarta, terutama bagi hasil kerja seni masyarakatnya, daripada batik ke produk rotan, malah ratusan menu untuk pengalaman kulinari yang mengujakan.

Dihiasi deretan bangunan bersejarah era-kolonial Belanda, laluan paling sibuk di kota ini juga menempatkan Pasar Beringharjo yang unik. Halakan lensa anda dalam apresiasi budaya yang menjadi nadi kehidupan Malioboro yang enak dinikmati dengan berjalan kaki.

Atau, anda bleh memilih menaiki becak atau andong yang ditarik kuda untuk pengalaman berbeza. Tiba malam, anda akan dapati kehidupan di Malioboro makin rancak. Selesai, kembali ke hotel untuk makan malam, diikuti sesi bicara Seni Melihat dan Komposisi Kreatif oleh Nazri.

Hari 2
SESI FOTOGRAFI – HUTAN PINUS MANGUNAN

Juga disebut Hutan Pinus Imogiri kerana laluan menghala ke makam raja-raja di Imogiri, perjalanan bermula pagi untuk merungkai alam semulajadi dan manusia menerusi lensa. Selami bagaimana memanipulasi cahaya semulajadi, berlatar alam di perbukitan Bantul itu dan memahami  subjek di dalam penghasilan gambar.

Kehijauan hutan dan udara segar membuat masa berlalu tanpa disedari sebelum rehat seketika untuk makan tengah hari. Kembara  lensa diteruskan dan petang diluangkan untuk anda menikmati keindahan Pinus dengan lokasinya yang sangat Instagramable itu.

Seharian di sini, kembali ke hotel kala senja mula berlabuh dan melepas lelah di kamar sambil bersiap untuk makan malam di sebuah restoran tempatan, diikuti sesi reviu foto-foto peserta, hasil penerokaan di Hutan Pinus Mangunan tadi.

Hari 3
CABARAN FOTO DI GUNUNG MERAPI

Di perbatasan kota Yogyakarta dan Jawa Tengah, pemanduan di awal pagi membawa anda ke daerah Gunung Merapi, daripada perkataan Jawa yang sendirinya membawa erti, gunung berapi.

Cabaran Foto bakal menyaksikan peserta meneroka Merapi bagi merakam keindahan alam semulajadi dan manusia, berlatar kaki gunung setinggi 2,968 meter itu dan perkampungannya. Terapkan ilmu yang dikongsi Nazri, hasilkan gambar terbaik ekskplorasi  Merapi ini dengan menaiki jeep untuk meliihat lahar, selain ke Bukit Klangon di lereng Gunung Merapi, The Lost World Castle dan  Pasar Kaliurang bagi pertandingan kecil.

Berehat seketika untuk makan tengah hari sebelum penjelajahan diteruskan hingga petang. Kembali ke hotel, diikuti makan malam sebelum perjurian dan sesi reviu foto menerusi cabaran Merapi tadi, di mana Nazri sendiri akan memilih pemenangnya, diikuti majlis ringkas pemberian hadiah, malam itu.

Hari 4
ACARA BEBAS

Sarapan di hotel dan santai, menikmati keindahan kota Jogja ini – berselfie, berbelanja untuk ole-ole khas Jogja atau mungkin menikmati pilihan kulinarinya, sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adisucipto bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

  • Hubungi 019-360 5287