Salam Taj Mahal! Shukriya, Kashmir! Jejak utara India bersama hos TV jelita, Anim Ezati Rizki
Pakej Musim Bunga Delhi-Agra-Kashmir Bersama Anim

Info 019-3605287 atau emel ke admin@myaltitutetravel.com

* Pakej merangkumi penerbangan, hotel 3*,  rumah bot (Kashmir), pengangkutan dan makan 3 x sehari, selama di India

DARI pergunungan bersalju ke syurga tulip di Kashmir, sertai personaliti, Anim Ezati Rizki Md Khalid meneroka utara India sampai ke Taj Mahal, antara tujuh keaiaiban dunia, lewat Pakej Musim Bunga Delhi-Agra-Kashmir Bersama Anim, April ini.

Pahat memori di Tasik Dal, Srinagar dengan penginapan unik di rumah bot dan menaiki kereta kabel, merentasi taman bunga dan banjaran diliputi salji dekat Aperhwat dan Khilanmarg, selain menikmati keindahan alam Sonamarg yang persis Swiss Alps itu.

Ditemani hos popular program Malaysia Hari Ini dan 999 ini, rasai pengalaman beli belah di Pasar Seni Lajpat Nagar di New Delhi yang terkenal dengan fabrik bersulam indah dan sari bewarna warni, sebelum dibawa ke Agra untuk merasai aura cinta tulus  Shah Jehan terhadap Mumtaz Mahal yang diabadikan di Taj Mahal.

Berikut, jadual menjejaki utara India bersama Anim Ezati Rizki:

Hari 1

Kuala Lumpur – Delhi

Selamat datang ke New Delhi! Selepas menempuhi penerbangan dari Kuala Lumpur-New Delhi, senangkan diri di ibu kota India ini dan bermalam di sini.

Hari 2

Delhi – Srinagar

Dari Delhi, ambil penerbangan melintasi gunung ke Srinagar, iaitu ibu kota musim panas Kashmir yang terletak pada ketinggian 5,200 dari paras laut di kaki Gunung Himalaya.

Rasai suasana romantis Tasik Dal, menaiki gondola dikenali sebagai Shikara untuk menginap di Bostan Premium Deluxe Houseboats. Usai makan tengahari, manfaatkan musim bunga India untuk menikmati keindahan Mughal Gardens yang dibina oleh Raja Mughal semasa pemerintahan Empayar Mughal di Kashmir.

Jamu mata di Garden of Pleasure yang dikenali sebagai Nishat yang dibina Asif Khan, iaitu ipar Jehangir pada 1632 dengan pemandangan Tasik Dal yang kehijauan sebelum ke Shalimar atau Garden of Love yang dibina Jehangir untuk isterinya, Noor Jehan.

Nanti, dapatkan harga berbaloi untuk beli belah di Kashmir Famous Handknotted Silk yang merupakan kilang tenunan permaidani, selain koleksi selendang asli Pashmina yang menawan. Kembali ke rumah bot untuk makan malam dan berehat.

Hari 3

Srinagar – Gulmarg – Srinagar

Sebaik sarapan, tempuhi perjalanan sejauh 58km ke Gulmarg yang digelar Meadow of Flowers di ketinggian 8,800 kaki dari paras laut. Di dalam perjalanan, saksikan keindahan pemandangan dan kehidupan desa di daerah yang dulunya merupakan tempat perburuan British pada musim panas.

Kesan peninggalan era kolonial ini jelas pada senibina hotel dan kedai-kedai lama yang masih digunakan, dan dalam cuaca baik, keindahan Nanga Parbhat yang setinggi 26,600 kaki juga jelas daripada daerah ini.

Gulmarg juga bukan saja menempatkan lapang golf 18 lubang tertinggi di dunia, malah semakin dikenali sebagai resort ski terkemuka Asia. Jangan lepaskan peluang menaiki kereta kabel dari ketinggian 8,800 kaki ke 10,200 kaki di Kongdori, melintasi taman bunga dan banjaran yang diliputi salji di kawasan pergunungan Aperhwat dan Khilanmarg yang menjadi tumpuan kegiatan ski, tobogganing dan berkuda.

Dari Gulmarg, kembali ke Srinagar namun dengan melewati Kota Lama Srinagar. Singgah di Masjid Jammia, sebuah masjid tertua di Kashmir yang berusia 670 tahun yang memiliki senibina unik dengan pengaruh seni Cina, ketara pada pagodanya. Juga teroka pasar rempah di Kota Lama sebelum kembali ke rumah bot untuk makan malam  dan istirehat.

Hari 4

Srinagar – Sonamarg

Pemanduan sejauh 86km ke Sonamarg bermula selepas sarapan. Rasai perkelahan tengahari nanti di daerah yang juga dikenali sebagai Meadows of Gold ini yang berada pada ketinggian 8,900 di atas paras laut.

Indahnya sepanjang perjalanan ke Sonamarg yang berlatar Sungai Sindh sebelum berhenti sebentar di bandar Kangan yang menjadi tumpuan penduduk dari kawasan pergunungan untuk berdagang.

Jangan terkejut kalau merasa seperti di Swiss Alps kerana Sonamarg, pada musim begini akan ditaburi bunga-bunga dan tumbuhan daripada alpine, fir dan pine, antaranya. Usai berpiknik, pilihan untuk mengikuti trek kuda ke Thajwas Glaciers pada kadar tertentu ada disediakan.

Dari Sonamarg, kembali ke Srinagar untuk beli belah di pasar tempatannya sebelum dibawa melayari Tasik Dal untuk kunjungan ke Floating Garden dan Lotus Garden.

Pelayaran diteruskan dengan menyusuri terusan, menuju ke pusat kraftangan untuk melihat pembikinan papier machie atau kertas tebal yang biasa digunakan untuk membuat kotak dan hasil daripada kayu walnut.

Makan malam disediakan di rumah bot.

Hari 5

Srinagar – Delhi – Agra

Tiga malam menginap di rumah bot, manfaatkan pagi terakhir selepas sarapan untuk menikmati pemandangan dan keceriaan kehidupan di sekitar kawasan Tasik Dal sebelum dibawa ke Lapangan Terbang untuk ke New Delhi.

Dan bukanlah India namanya kalau tidak membeli, setidak-tidaknya sepasang dua fabrik dan sari dengan sulaman indah dan bewarna-warni di Lajpat Nagar. Jamu mata dengan kehalusan seninya sebelum meneruskan perjalanan ke Agra, menempuh perjalanan sejauh 185km.

Makan malam dan penginapan disediakan di Agra.

Hari 6

Agra – Delhi

Taj Mahal, akhirnya! Usai sarapan, bersedia untuk disapu aura cinta Shah Jehan buat permaisurinya, Mumtaz di Taj Mahal yang tidak pernah berhenti memukau pengunjungnya. Monumen yang menempatkan makam Mumtaz dengan senibina Parsi ini dibina 1653. Sejarah mencatat, pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan, membabitkan tenaga kerja seramai 20,000 orang.

Kubu berbata merah yang digelar Agra Fort yang terletak tidak jauh daripada Taj Mahal menjadi lokasi kunjungan seterusnya. Tempat bersejarah ini dikatakan direncana pemerintah Mughal yang digelar Akbar the Great. Dibina mulai 1565, kubu itu disiapkan pada era pemerintahan Shah Jehan yang merupakan cucu baginda.

Sesuai dengan pengaruh keindahan marmar yang menjadi asas pembinaan Taj Mahal, saksikan sendiri nanti bagaimana kraf menggunakan batu berkenaan dihasilkan dan kalau ada yang berkenaan, dapatkan untuk kenangan.

Dari Agra, kembali ke New Delhi. Singgah dulu di Pasar Seni Lajpat Nagar untuk beli belah terakhir, di mana makan tengah hari dengan hidangan halal India Utara disediakan sebelum ke Lapangan Terbang untuk penerbangan kembali ke Kuala Lumpur.