Seru Lombok
4 Hari, Dari RM790
Pakej oleh My Altitute 30 Travel and Tours
Info 019-3605387
Selami budaya suku Sasak, antaranya di Desa Sade iaitu sebuah perkampungan tradisional selain menikmati keindahan pantainya termasuk Pantai Kuta dan Pantai Tanjung A’an, juga Gili Trawangan dan Air Terjun Sendang Gile serta Tiu Kelep.
6 Sebab untuk Tempah Pakej Seru Lombok
Desa Sade
Masih mengekalkan tradisi yang diwarisi daripada kerajaan Pejanggik yang runtuh pada 1696, ia jelas antaranya menerusi seni bina rumahnya yang beratap lalang, berdinding anyaman buluh dan berlantai tanah.
Pantai Tanjung A’an
Ikut mitos, pantai ini tempat Puteri Mandalika bertukar menjadi nyale atau cacing laut selepas terjun kerana enggan dipaksa berkahwin. Ia juga lokasi utama Ritual Bau Nyale, setiap Februari. Berdekatan, Pantai Kuta dan Bukit Merese, lokasi untuk melihat matahari terbit dan terbenam.
Desa Sukarara
Desa penenun yang mengumpulkan hasil tenunan tradisional wanita suku Sasak. Selain dijual, pengunjung dapat melihat bagaimana kain ditenun malah berpeluang mencuba menenun kain.
Desa Banyumulek
Desa pengeluar tembikar di Kediri, Lombok Barat yang masih mengaplikasi teknik tradisional, termasuk penggunaan warna natural daripada dedaun pada rekaan yang banyak bermotif tumbuhan.
Gili Trawangan
Lokasi Datu Swing, buaian atas laut terkenal dunia. Pilih untuk menyelam, snorkelling sambil melihat penyu, atau sekadar berjemur di pantai, dan luangkan juga masa untuk keliling pulau dengan berbasikal atau menaiki Cidomo, kereta kuda.
Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep
Di tengah hutan di Desa Senaru, Bayan, Lombok Utara, iaitu di kaki Gunung Rinjani. Sendang Gile, 600 meter di atas permukaan laut dikatakan menerima aliran dari Danau Segara Anak di puncak Rinjani.