Pasar Terapung 150 Tahun

Damnoen Saduak seawal era Dinasti Chakri masih sebagaimana divisikan Raja Rama IV lebih 150 tahun lalu, cuma lebih bingit!
Oleh Zurina Waji
Siap pada 1868 semasa pemerintahan Raja Rama V, terusan sepanjang 32 kilometer itu yang dikorek bagi tujuan pengangkutan dan menggalak hubungan dagang dengan pedagang Cina, hari ini menghasilkan jutaan Baht sebagai destinasi pelancongan menerusi pasar terapungnya.
Ia, di mana aura James Bond lewat The Man With The Golden Gun masih bersisa sejak difilemkan di sini pada 1974 dan mengujakan tamu yang menyusuri terusan, melewati perahu tua berisi hasil pertanian dan dagangan, pulang dengan memori menakjubkan. Atau, boleh jadi menyesakkan!


