Exists, Rasa Premium

Ada rasa berbeza yang hendak diberikan band legenda itu, Oktober ini.
Oleh RUMI
“… Exists boleh dilihat di mana-mana yang dilihat menterjemahkan permintaan cukup tinggi terhadap band asal Johor Bahru itu.”
“MUZIK kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium,” kata pemain gitar, Along, susulan pengumuman Exists Premium Live @PJ yang bakal berlangsung pada 4 Oktober ini.
“Hanya mereka yang hadir dapat mendefinisikan makna premium atau mewah yang dihidangkan Exists kelak.”
Bakal menampilkan gabungan Ujang di drum, Ajai (keyboard), Musa (bass), dan Ezad (vokal), selain Along sendiri, band yang berdiri sejak 1991 itu jelas tidak mengambil masa lama untuk kembali ke pentas selepas kolaborasi dengan Slam yang dijadual berlangsung pada akhir Julai ini.
Ini diakui Sean Ng daripada JioBuddy selaku penganjur mereka menyedari Exists boleh dilihat di mana-mana yang dilihat menterjemahkan permintaan cukup tinggi terhadap band asal Johor Bahru itu.

“Kami tidak boleh menafikan Exists telah bermain dalam banyak persembahan dan konsert, sekali gus ditonton ramai peminat, setahun kebelakangan ini. Konsert mereka back to back,” katanya mengenai band yang dilihat memiliki kekuatan tersendiri itu.
“Secara logiknya, Exists akan memainkan lagu hit mereka, sama seperti dalam kebanyakan persembahan atau konsert yang telah dilakukan. Bagaimanapun, sebagai penganjur, saya boleh memberi jaminan Exists Premium Live @PJ akan bertaraf premium atau mewah seperti judul yang dipilih.
“Premium daripada segi permainan muzik, premium daripada segi audio dan premium buat peminat yang hadir kerana konsert ni bersifat lebih intim.”
Akses
- 4 Oktober 2025
- 8.30pm
- JioSpace, Petaling Jaya
Tiket
- Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368)
- Layari www.jiotix.asia untuk pembelian tiket, atau Whatsapp +601116601122 khusus untuk pembeli OKU

Comments are closed.