Lagi Gempak, Atas Angin Festival 2024 Tampilkan 101 Artis!
Dari Bittersweet ke Alleycats, Amir Jahari ke Kyoto Protocol sedia untuk konsert 3 Ogos ini.

Oleh RUMI

“Selain melakar sejarah peribadi, pembabitan sebegitu ramai seniman, legenda dan muda, pada acara berkenaan juga memungkinkan Atas Angin MY memenuhi impian untuk menjadi penganjur festival indie terbesar di Asia Tenggara.”

“FESTIVAL ini lain daripada yang lain,” kata Pengarah Projek Atas Angin Festival 2024, Arif Imran mengenai penganjuran acara muzik itu yang bakal berlangsung selama 15 jam tanpa henti pada Ogos nanti.

Disebut akan menjadi lebih luas biasa selepas dua tahun penganjurannya, Atas Angin MY dijadual membawa 101 artis tempatan di lima pentas terbuka di Rooftop @7 My Town, Cheras, merangkumi berkumpulan, solo dan DJ.

Selain melakar sejarah peribadi, pembabitan sebegitu ramai seniman, legenda dan muda, pada acara berkenaan juga memungkinkan Atas Angin MY memenuhi impian untuk menjadi penganjur festival indie terbesar di Asia Tenggara.

“Festival ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia dan bakal memberi impak, bukan saja dari dalam negara,” kata Arif lagi, memetik kenyataan medianya.

“Bagi saya, perjalanan Atas Angin MY selama enam tahun dan membawa ke festival ini telah menjunjukkan Atas Angin MY sendiri sudah membangun dan berkembang dengan lebih matang dalam mengatur segala acara.”

Estranged, IamNEETA dan Iqbal M adalah antara yang disenaraikan bakal mengadakan persembahan, selain Bittersweet, Hyper Act dan Amir Jahari yang turut mencipta nama di mainstream dengan band legenda Alleycats ikut memeriahkan acara.

Sesuai dengan harapan penganjur untuk mengangkat nama dan bakat artis tempatan, festival ini turut menyaksikan gandingan pemuzik seperti Sixth Sense ke Aizat Amdan, juga band seunik Budak Nakal Hujung Simpang ke Disko Santan, Jemput Dengar dan Skudap Skudip.

Akses

  • 3 Ogos 2024
  • Rooftop @7 My Town, Cheras
  • 9 am – 12 tengah malam

Tiket