Chuck 70 De Luxe Wedge Elevasi Converse Buat Kaum Hawa
Bagaimana rekaan ikonik Chuck Taylor diangkat bagi menyerlahkan sisi kewanitaan anda!

Oleh RUMI | Foto Converse

“Chuck 70 De Luxe Wedge yang menawarkan elevasi sehingga empat inci itu juga merupakan rekaan terbaharu yang menyertai koleksi Chuck 70 De Luxe Heel yang mencipta fenomena sebaik dilancarkan.”

SUKA atau tidak, harus diakui Converse telah melakukannya. Sekali lagi. Chuck 70 De Luxe Wedge sememangnya berani.

Elevasi terhadap rekaan ikonik Chuck Taylor itu menyaksikan bagaimana jenama dalam kreativiti dan ekspresi diri itu membawa penggemarnya menakluki batasan pengembaraan fesyen mereka dengan menemukan Edge of Style mereka.

Ia dipersembahkan menerusi gaya baharu dalam koleksi De Luxe, sekali gus membentangkan siri hangat kolaborasi Converse dengan pereka dan kreatif wanita.

Converse, pada musim bunga ini, mencuri perhatian menerusi pembaharuan gaya, potongan, bentuk, dan fungsi dengan penambahan gaya yang dipertingkatkan yang melangkaui jangkaan terhadap Chuck, menggabungkan klasik dengan Luxe.

Chuck 70 De Luxe Wedge yang menawarkan elevasi sehingga empat inci itu juga merupakan rekaan terbaharu yang menyertai koleksi Chuck 70 De Luxe Heel yang mencipta fenomena sebaik dilancarkan.

Gaya-gaya ini mengubah tapak getah bulat ikonik jenama ini menjadi satu dengan bucu bersudut, segi empat tidak seimbang untuk memberikan dimensi dan ekspresi yang benar-benar baharu, sambil membangkitkan DNA ketara Chuck Taylor – menampilkan butiran jahitan, pelekat oktagonal Converse, dan warna-warna klasik yang sinonim dengan jenama berkenaan.

Koleksi terbaharu De Luxe ini dilancarkan seiring siri-siri kolaborasi hangat global bersama kolaborator kreatif, termasuk Martine Ali, dan Feng Cheng Wan. Setiap kolaborator dikenali kerana membuka laluan baharu dan mendefinisi semula status quo, dan Converse telah menawarkan siluet ikonik Chuck Taylor sebagai inspirasi, dan pemangkin kreativiti untuk menakrifkan masa depan fesyen.

Bagi melancarkan kempen baharu Edge of Style, Converse menjadi pemangkin penemuan yang membolehkan anda meneroka apa yang dimaksudkan dengan melangkaui batasan gaya.

Chuck 70 De Luxe Wedge kini boleh didapatkan di rangkaian Converse di The Exchange TRX, Pavillion, Mid Valley, Sunway Pyramid, One Utama, dan stor Digital Flagship converse.my

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Converse, kolaborator, dan keluaran akan datang, sila layari www.converse.com