Konsert Resolusi Exists, 18 November 2022
Selepas Exists Reunion hampir tiga tahun lalu, band ini kembali bersama bekas vokalisnya, Mamat di Kuala Lumpur.
Oleh RUMI
“Exists okay sebab lagu-lagu mereka sendiri sudah dahsyat, cukup kuat untuk memberikan rasa nostalgia itu.”
“KEKUATAN Exists adalah muziknya, lagu-lagunya,” kata Amir Shah Daud, penganjur Konsert Resolusi Exists di Zepp Kuala Lumpur pada 18 November ini yang bakal menampilkan band asal Johor Bahru itu bersama Mamat.
Jelasnya yang mewakili ImagineX, Exists yang sudah menjangkau lebih tiga dekad dalam seni mempunyai katalog yang bermutu.
“Lagu-lagu Exists bukan saja terkenal di Malaysia, malah di luar, terutama di Indonesia. Saya sendiri semasa membesar, ada lagu Exists yang melekat, seperti semasa di sekolah menengah ada yang kena dengan tema kehidupan kita, ketika itu.
“Itu yang memberi saya idea untuk menganjurkan sebuah konsert Exists kerana percaya mereka ada pasaran,” katanya.
Selain Mamat yang naik bersama Exists menerusi hits seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan, konsert berdurasi hampir dua jam itu yang mengekalkan Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass) dan Ujang (dram) turut mengundang dua penyanyi, iaitu Pasha dan Eiz.
Ditanya, apakah ImagineX mengambil risiko dengan ketiadaan Ezad Lazim yang disebabkan vokalis sedia ada Exsists itu terikat dengan komitmen lain pada tarikh konsert dijadual berlangsug, Amir menjawab, “Di Malaysia ini ada dua orang yang tidak boleh ditukar frontman, satu Search dan satu lagi, Wings.
“Exists okay sebab lagu-lagu mereka sendiri sudah dahsyat, cukup kuat untuk memberikan rasa nostalgia itu. Penggemar Exists, sebahagiannya akan lebih terasa dengan lagu, bukan sentimental dengan penyanyinya. “Lagi pula, pemuziknya tidak pernah bertukar. Jadi, feel dan mood Exists itu masih ada.”
Akses
- 18 November 2022
- Zepp Kuala Lumpur
- 9pm
Tiket
- RM190 (bronze), RM230 (silver), RM290 (gold), RM330 (platinum) dan RM800 (box, meet & greet)
Beli di www.ticket2u.com.my
Comments are closed.