“Reset emosi dan minda.” – Anuar Zain ajak ke Healing Nite 2026, hilangkan stres

Bagaimana muzik dan gaya hidup dihubungkan dalam sebuah perayaan jiwa yang eksklusif.
Oleh RUMI
“HIBURAN boleh menjadi salah satu terapeutik terbaik, sekali gus kerana muzik boleh meningkatkan emosi positif dan menghilangkan stres,” kata Anuar Zain, yang bakal muncul pada malam Healing Nite 2026, Sabtu ini.
Pemilik suara yang mendamaikan jiwa dengan lagu seperti Keabadian Cinta melihat pendekatan terapi pemulihan diri acara berkenaan sebagai reset emosi dan minda saat memasuki tahun baharu.
“Saya suka menyifatkan reset emosi dan minda sebagai memulakan sesuatu yang baharu dengan segar seperti kita melepaskan beban lama dengan membina niat baharu.
“Jadi, saya melihat Healing Nite 2026 sesuai dengan konsep terapeutik yang diterapkan,” tambahnya mengenai acara yang turut menampilkan Ella dan Dayang Nurfaizah, selain dua penghibur Indonesia, Lyodra dan Kangen Band.
“Kita boleh lepaskan tekanan atau stres dengan menikmati muzik. Kita lepaskan semua yang buruk dengan energi baharu menerusi terapeutik di Healing Nite 2026.” – ELLA

Dijadual berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, acara anjuran Kembar Nusantara Sdn Bhd itu diadakan dengan sokongan produksi Creative Page Sdn Bhd, manakala Yumeca Sdn Bhd bagi strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna.
Bukan sekadar sebuah acara hiburan, ia juga menawarkan pengalaman gaya hidup yang dikurasi dengan penuh kehalusan – satu malam yang menghubungkan muzik, rasa dan ketenangan dalam satu perayaan jiwa yang eksklusif.
Muzik juga, diakui Ella, mampu menerbitkan energi baharu yang diperlukan pada tahun baharu ini.
“Ini cara untuk memulakan tahun baharu dengan baik,” kata Ratu Rock ini yang mengajak pengunjung melepaskan tekanan menerusi persembahannya yang bertenaga. “Kita boleh lepaskan tekanan atau stres dengan menikmati muzik.
“Kita lepaskan semua yang buruk dengan energi baharu menerusi terapeutik di Healing Nite 2026.”

Apa Itu Healing Nite?
Konsep konsert yang diangkat ke satu pengalaman kurasi gaya hidup yang halus dan berlapis – muzik, emosi dan kesejahteraan diraikan dalam satu naratif yang menyeluruh.
Bila?
Sabtu ini, 24 Januari, bermula seawal 1 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Siapa Rakan Gaya Hidup dan Kulinari?
- Healing Tent di pintu masuk, menampilkan, antaranya Lado dengan sajian autentik Melayu; Cartel Coffeeshop dan Coffee Beans, minuman kopi pilihan; Crackohut, ayam gunting dan kebab shawarma; Peti Dessert, pastri berkarekter; Sugar & Fruits, buah-buahan segar; dan NachosLah, variasi nachos kontemporari.
- Di dalam stadium, pengunjung akan disantuni Coffee Cartel dan Ahmad Fried Chicken bersama Teratak Spa sepanjang konsert berlangsung.
Akses?
Tiket pada harga serendah RM190 boleh didapatkan dengan melayari www.ticket2u.com.my




Comments are closed.