Festival Metal & Punk, Metalverse, April Ini!

Bakal berlangsung selama dua hari berturut-turut, tampilkan band seperti Of Mice & Men, Blessthefall ke OAG, malah Sekumpulan Orang Gila.
Oleh RUMI
“Kami memilih band yang benar-benar berpengaruh dalam arena metalcore, post-hardcore dan punk moden hari ini, bukan sekadar popular di platform penstriman, tetapi terkenal dengan persembahan live yang luar biasa.”
“METAL dan punk bukan sekadar muzik, ia adalah biudaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Vox Nation Live, Shawn Chang, merujuk penganjuran Metalverse pada April nanti, iaitu sebuah platrform eksklusif bagi meraikan komuniti berkenaan.
“Metalverse diwujudkan untuk memberi platform dan penghormatan yang sewajarnya kepada komuniti ini,sambil menghubungkan fans tempatan dengan ekosistem metal dan punk global.”
Menurutnya idea penganjuran festival dua hari itu, bermula 30 April di Megastar Arena, Kuala Lumpur, tercetus daripada kekosongan yang jelas dalam landskap muzik live serantau.
“Walaupun Malaysia mempunyai komuniti metal dan punk yang sangat bersemangat serta berpengetahuan, festival berskala besar yang benar-benar memberi fokus kepada genre ini masih jarang,” memetik kenyataan medianya.
Shawn, menerusi pengumumannya, baru ini, memberitahu enam artis antarabangsa telah mengesahkan penyertaan, termasuk nama sehebat Of Mice & Men dan Blessthefall.
“Kami memilih band yang benar-benar berpengaruh dalam arena metalcore, post-hardcore dan punk moden hari ini, bukan sekadar popular di platform penstriman, tetapi terkenal dengan persembahan live yang luar biasa,” katanya, selain mengambil kira permintaan fans tempatan.
Ujarnya, Metalverse juga menjadi platform istimewa buat artis tempatan sebagai menyokong perkembangan scene muzik berat dengan menjadikan bakat tanah air menjadi sebahagian naratif penting festival, bukan sekadar pelengkap.
Sambil mengesahkan penyertaan band indie jemputan seperti OAG, Midnight Fusic, Spooky Wet Dreams, Bunkface dan Sekumpulan Orang Gila, pihaknya juga menekankan kualiti berbanding kuantiti, dan pengalaman mengatasi persembahan visual.
Jelasnya, Nation Vox Live menerusi Metalverse membawa misi lebih besar, iaitu membuka akses terus kepadafans tempatan.
“Fans Malaysia sangat bersemangat dan berpengetahuan, namun perlu ke luar negara untuk menonton band kegemaran mereka. Metalverse mahu mengubah itu membuktikan Malaysia juga pasaran yang kuat dan relevan untuk muzik berat,” tambahnya.
Wajarlah katanya, Metalverse menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
“Ini hanyalah permulaan. Visi jangka panjang kami adalah untuk menjadikan Metalverse sebagai festival utama yang berulang, berkembang daripada segi skala, reputasi dan pengaruh. Kami mahu ia menjadi festival yang artis mahu sertai dan fans tandakan dalam kalendar mereka pada setiap tahun,” katanya.
Akses
- 30 April & 1 Mei 2026
- Megastar Arena, KL
- 3pm – 12am
Tiket
- Fasa 1: RM288 (Rock Zone), RM468 (CAT 1), RM368 (CAT 2) & RM268 (CAT 3)
- Atau, dapatkan pas 2 hari Rock Zone pada harga RM488
- Sila layari www.ticketmelon.com untuk pembelian







Comments are closed.