Infinity Vibes Fest 2025: Festival Gaya Hidup Bebas Alkohol, Disember Ini
Festival pertama seumpamanya yang menggabungkan kopi, muzik dan larian.

Oleh RUMI

“… memperkenalkan sebuah One-Day Lifestyle Event yang menggabungkan larian, kopi, pencuci mulut, kulinari gaya hidup, dan muzik dalam satu pengalaman menyeluruh.” – Penganjur

BEBAS alkohol sepenuhnya, Infinity Vibes Fest 2025 meraikan gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dengan menggabungkan keseronokan aktiviti larian ke kopi, dan muzik dalam satu hari.

Dianjurkan oleh Infinity Love Creative Ventures, festival gaya hidup unik ini dijadual berlangsung di Dataran MAEPS, Serdang dalam sebuah acara padat selama sehari saja, iaitu pada 13 Disember ini.

Penganjur, Shasha Samsudin dan Pengarah Persembahan Kreatif, Fidote, dalam kenyataan bersama, berkata festival ini dibina sebagai sebuah platform komuniti gaya hidup moden.

“Objektif utama kami adalah untuk memperkenalkan sebuah One-Day Lifestyle Event yang menggabungkan larian, kopi, pencuci mulut, kulinari gaya hidup, dan muzik dalam satu pengalaman menyeluruh,” katanya.

Ia juga, menurutnya, bertepatan dengan konsep festival sehari, One-Day Lifestyle Experience bagi memastikan pengalaman yang lebih fokus dan praktikal, membolehkan pengunjung menikmati semua segmen tanpa gangguan.

Apa ada di Infinity Vibes Fest 2025:

  • Morning: Coffee & Dessert Run (7-11am)

Turut menampilkan pempengaruh, Lena Ohsem daripada siri Bila Nak Mula, acara larian santai 5km masih dibuka untuk penyertaan

  • Food Fest: Coffee & Dessert (sepanjang hari)

Menampilkan para usahawan kopi, pencuci mulut, bakeri, dan kudapan tempatan, ia bagi menyokong pengusaha kecil dan artisan tempatan

  • R&B & Hip-Hop Picnic (4-7pm)

Berkelah sambil menikmati pilihan muzik R&B, Hip-Hop dan chill grooves.

  • Local DJ Night (8pm – 12am)

Acara kemuncak, menampilkan barisan DJ tempatan seperti DJ Mia, DJ Devo Wayne, DJ Aliph, DJ Asap, DJ Fazz, dan DJ Syaza. Turut hadir, DJ Lollipop.

DJ Aliph
DJ Lollipop

Akses

  • 13 Disember 2025
  • 7am – 12am
  • Dataran MAEPS, Serdang

Tiket

  • RM120 bagi kombo R&B & Hip-Hop Picnic dan Local DJ Night
  • RM49 bagi R&B & Hip-Hop Picnic saja
  • Layari www.inifinityvibesfest.com atau hubungi +601133000017