Lautan Emosi Melodi For Revenge, Insomniacks & Midnight Fusic
Dipertemukan, buat julung kali, lewat konsert Malam Simfoni Luka, Januari depan

Oleh RUMI

“Ia mempertemukan For Revenge dengan reputasinya sebagai band post-hardcore yang terkenal dengan persembahan bertenaga dan lirik penuh makna, digandingkan dengan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy alternative Midnight Fusic.”

SEDIAKAH anda untuk tenggelam dalam lautan emosi melodi yang bakal dibawakan tiga nama besar daripada dunia alternatif dan pop moden – For Revenge, Insomniacks & Midnight Fuse?

Disatukan dalam sebuah konsert epik yang digelar Malam Simfoni Luka, ia menjanjikan sebuah pengalaman sonik yang menyatukan rasa duka, cinta, dan harapan melalui alunan muzik dan lirik yang mencerminkan perjalanan jiwa generasi muda masa kini.

Dianjurkan Icon Entertainment, konsert itu akan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

DRESS CODE: HITAM

– Hitam, identitik dengan patah hati
– Selaras dengan trademark For Revenge yang meraikan perayaan patah hati, rayakan hati yang luka dengan penuh gaya dan makna
All black, simbol elegan, kekuatan, dan keberanian menghadapi luka yang pernah dirasakan

Kenyataan media penganjur menyifatkan konsert berkenaan akan menjadi malam yang menggetarkan hati setiap pencinta muzik tempatan dan serantau.

“Ia mempertemukan For Revenge dengan reputasinya sebagai band post-hardcore yang terkenal dengan persembahan bertenaga dan lirik penuh makna, digandingkan dengan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy alternative Midnight Fusic.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi satu pertemuan emosi antara artis dan peminat. Ia tentang luka, tentang bangkit, dan tentang bagaimana muzik menjadi terapi,” kata kenyataan itu, menandakan konsep mendalam di sebalik pementasan ini.

Akses

  • 24 Januari 2026
  • 8pm
  • Megastar Arena, Kuala Lumpur
  • Tiket Tiket akan mula dijual pada 14 November. Sila layari ticket2u.com.my/MalamSimfoniLuka